Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Produk pelancongan di Tawau dalam proses pembangunan |  Tinimungan mongingia Labuan tuminindapou do kimpin kasaavan bato |  90 piatus sikul nakahaid id pototongkop pogun noumbosian |  Pamahagaan kumaa komuhakan i pinapavasi ngaan Sabah, Pogun |  Christmas Eve public holiday a gift to local Christian community |  Technician acquitted from charges of uploading, and making offensive comment on Prophet Muhammad |  KK exponents retain karate gold |  Hosts dominate muay thai events |  KK new champions |  Perodua Tweckbot offers free vehicle inspections in run-up to Christmas, New Year |  Sarawak to emulate Brunei as global hydrogen supplier |  Confucius Institute to be Mandarin language hub |  Gerai Pameran Kg. Semuruh muncul juara Pesta Kubis Sabah 2019 |  Sabah perlukan lebih banyak pembinaan BBPA di kawasan berisiko |  PPM Sandakan tahan empat bot nelayan dalam Ops Gelora | 
 Leisure

Filem pendek ilusi genre Thriller bakal temui penonton Dis ini

3rd December, 2019

GANGGUAN mental atau ‘mental awareness’ merupakan antara penyakit yang sering berlaku secara senyap terhadap seseorang tanpa disedari oleh dirinya mahupun orang lain. Masalah ini juga dijangka menjadi penyakit kedua tertinggi dihidapi rakyat Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020.

Bagi mengetengahkan isu mental awareness, CrackOne Production yang merupakan pelajar Seni Kreatif tahun akhir Universiti Malaysia Sabah telah mengambil inisiatif menghasilkan karya kreatif menerusi filem pendek bertajuk Ilusi yang bakal menemui penonton pada Disember ini.

Filem genre Thriller itu hasil usaha 10 orang ahli kru produksi yang mengetengahkan watak Zaim yang baru saja berkecimpung dalam bidang penulisan telah dihantui oleh suara-suara misteri yang hadir tanpa diduga. Kejadian aneh itu membuat kehidupannya menjadi tidak tenang sehingga menjejaskan hubungan adik-beradik, rakan baik dan situasi di tempat kerja.

Pembunuhan kejam yang penuh misteri menambahkan cerita ini lebih menarik sehingga memberi pelbagai persoalan yang harus diselesaikan.

Mampukah Zaim merungkai misteri itu? Bagaimana pula tanggapan orang lain terhadapnya? Semuanya akan terjawab di akhir filem pendek yang sarat dengan mesej kemasyarakatan ini.

Menurut Syierah Fathiah Sapilin selaku pengarah produksi menyatakan tugas menghasilkan filem Ilusi bukanlah suatu yang mudah. Kekangan masa yang singkat merupakan antara cabaran besar buat kru produksi yang bersaiz kecil.

“Masa yang diperuntukan hanya lima bulan. Mungkin mustahil tapi kami sedia menyambut tugas ini dengan apa cara sekalipun,” katanya ketika sedang giat melakukan promosi tiket filem Ilusi di Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini.

Jelasnya, pemilihan lokasi pengambaran mestilah disesuaikan dengan skrip pilihan agar hasil karya ini mampu membangkitkan unsur thriller yang mampu memukau penonton.

Filem Ilusi akan mula ditayangkan pada 11,12 dan 13 December 2019 di Panggung Theatrette Ahmad Nisfu, Blok Seni, Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah. Kaunter jualan tiket telah pun dibuka sejak 22 November bulan lalu dengan tawaran harga serendah RM3.00 sahaja. Orang ramai yang belum mendapatkan tiket filem Ilusi segeralah menghubungi Cik Esther Ena Dania dalam talian 0128652982.

   
Email Print
   
 
 
E-browse