Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Produk pelancongan di Tawau dalam proses pembangunan |  Tinimungan mongingia Labuan tuminindapou do kimpin kasaavan bato |  90 piatus sikul nakahaid id pototongkop pogun noumbosian |  Pamahagaan kumaa komuhakan i pinapavasi ngaan Sabah, Pogun |  Christmas Eve public holiday a gift to local Christian community |  Technician acquitted from charges of uploading, and making offensive comment on Prophet Muhammad |  KK exponents retain karate gold |  Hosts dominate muay thai events |  KK new champions |  Perodua Tweckbot offers free vehicle inspections in run-up to Christmas, New Year |  Sarawak to emulate Brunei as global hydrogen supplier |  Confucius Institute to be Mandarin language hub |  Gerai Pameran Kg. Semuruh muncul juara Pesta Kubis Sabah 2019 |  Sabah perlukan lebih banyak pembinaan BBPA di kawasan berisiko |  PPM Sandakan tahan empat bot nelayan dalam Ops Gelora | 
 BM

PUSAKA Sabah adakan upacara peringati, naiktaraf pusara anak-anak Ontoros@ Antenom

3rd December, 2019

SIPITANG: Persatuan Tujuh Jurusan Keluarga Pahlawan Ontoros Antenom (PUSAKA)Sabah telah mengadakan upacara memperingati dan menaiktaraf sebahagian daripada pusara anak-anak DSP Ontoros Antenom yang disemadikan di kuburan Mahunsop, Ulu Melamam kira-kira 20 kilometer dari sini baru-baru ini.

Pusara yang wujud sejak lebih tujuh puluh tahun yang lalu itu adalah pusara mendiang Aru Sunggulan,Aru Bayur dan Aru Bait iaitu tiga daripada tujuh anak Pahlawan Murut itu.

Menurut Pengerusi Pusaka Sabah, Sinawat Antakah@Welly, persemadian ketiga-tiga anak kepada pahlawan bangsa Murut tersohor itu di kawasan Ulu Melamam dalam daerah Sipitang ada kaitan dengan hijrah mereka selepas peristiwa berdarah Salangit Rundum 1915 yang membabitkan penentangan mendiang ayah mereka DSP Ontoros@ Antenom terhadap rejim penjajah Bristish agar keluar dari bumi Borneo Utara atau kini disebut negeri Sabah.

Katanya, memang ramai masyarakat Murut tidak tahu yang DSP Ontoros Antenom ada anak serta waris yang hidup sebelum kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 1963, atas faktor dirahsiakan demi keselamatan daripada sampai ke pengetahuan penjajah ketika itu termasuk lokasi persemadian sebahagian anak-anak mendiang DSP Ontoros Antenom di kuburan Mahunsop,Ulu Melamam, Sipitang. Tetapi katanya, pada ketika ini waris-waris Pahlawan Ontoros @ Antenom bukan lagi dirahsiakan malah Persatuan Pusaka di wujudkan selepas jejak kasih keluarga besar Pahlawan itu pada 12 – 13 Mac 2012 di Kampung Salarom Baru Nabawan.

“Upacara majlis itu ringkas tetapi amat mendalam maknanya kepada semua waris dan Pusaka amnya, ia dimulakan dengan acara pembukaan rasmi” Batu Nisan”oleh ketiga- tiga Ketua keluarga jurusan,kemudian disusuli merenjis air Pusaka dan taburan bunga sebagai simbolik kasih sayang sepanjang zaman kepada ketiga-tiga aru mereka oleh waris-waris” jelas Sinawat.

Dalam perkembangan yang lain Sinawat meminta pihak berkuasa agar dapat meluluskan permohonan MPKK bagi projek pembinaan pondok kuburan Mahunsop di Ulu Melamam dengan segera memandangkan permohonan perkara berkenaan sudah lama dikemukakan oleh penduduk kampung sejak kerajaan yang lalu termasuk memperbaiki jalan masuk ke kuburan berkenaan yang sukar di lalui kenderaan.

Turut hadir pada upacara tersebut, Ketua Kampung Melamam KK Kumpot Amat, Penasihat Pusaka Samat Lakai Albert, Setiausaha Pusaka Dua Padan Robert dan Ketua Jurusan Aru Rikut Ontoroh Antukar merangkap Bendahari Pusaka Sabah. OLEH MARUTIN ANSIUNG

   
Email Print
   
 
 
E-browse