Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dua keluarga nekad hantar anak lelaki ke pusat rawatan dan pemulihan dadah |  Robert nafi tinggalkan StarSabah |  Too early to determine success or failure of KB paddy project – Dr Ronald |  CM hands over 2,300 individual land titles |  Virus break lets Shalin hit pause button - and prepare for restart |  ‘Don’t let them waste away’ |  Back to golfing as State squad prepares for Sukma Games |  Pendakian ke puncak Kinabalu dengan normal baharu |  Climbing Mt Kinabalu in the new normal environment |  All Sabah schools soon to be fully reopened with strict SOPs |  Gibraltar BSN extends Customer Relief Programme |  Tabung Haji records RM1.55 bln investment income in H1 2020 |  Perodua: Myvi 1.3L G (S-Edition) is for Brunei market |  Media Sandakan nakaramit toluod tokop todung om kabang |  Robert Tawik minogolim tuminongkiad do StarSabah | 
 BM

Keputusan mahkamah satu ketidakadilan: Anifah

3rd December, 2019

KOTA KINABALU: Bekas Menteri Luar yang juga Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Haji Aman menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangannya di kerusi Parlimen Kimanis pada PRU ke-14 sebagai satu ketidakadilan.

Dalam reaksi segeranya Anifah berkata tiga hakim dalam panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini membenarkan rayuan yang dibuat Karim dan justeru boleh dianggap sebagai tidak neutral.

“Peguam saya Ansari Abdullah telah memfailkan permohonan agar tiga hakim itu menarik diri daripada mendengar rayuan saya atas tiga sebab.

“Mereka terlibat dengan rayuan sebelum ini dan sudah ada pendirian terhadap petisyen yang difailkan, justeru tidak neutral; amalan dan konvensi ialah tiada hakim Sabah yang menghakimi petisyen pilihan raya yang difailkan di Sabah; dan beberapa asas dalam rayuan hari ini berkaitan dengan keputusan yang dibuat panel sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Anifah berkata beliau akan memutuskan langkah yang seterusnya selepas berbincang dengan penyokongnya. Pada PRU ke-14, beliau menang di kerusi parlimen itu dengan majoriti 156 undi dalam pertandingan tiga penjuru selepas memperoleh 11,942 undi, mengalahkan Karim Bujang (Warisan dan Jaafar Ismail (Harapan Rakyat) yang masing-masing meraih 11,786 undi dan 1,300 undi.

Terdahulu Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah Aman di kerusi Parlimen Kimanis pada PRU ke-14.

Ini bermakna pilihan raya kecil perlu diadakan di kawasan Parlimen yang terletak di Sabah itu.

Menurut Bernama, panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan Anifah untuk mengenepikan kpeutusan Mahkamah Pilihan Raya.

Maimun berkata hakim Mahkamah Pilihan Raya tidak membuat khilaf dan memang terdapat percanggahan dalam proses pilihan raya dan pelbagai pelanggaran terhadap undang-undang pilihan raya, yang memberi kesan kepada keputusan pilihan raya.

Hakim yang menganggotai panel ialah Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Wong Dak Wah dan dua hakim Mahkamah Persekutuan, Rohana Yusuf dan Nallini Pathmanathan.

Pada PRU ke-14, beliau menang di kerusi parlimen itu dengan majoriti 156 undi dalam pertandingan tiga penjuru selepas memperoleh 11,942 undi, mengalahkan Karim Bujang (Warisan dan Jaafar Ismail (Harapan Rakyat) yang masing-masing meraih 11,786 undi dan 1,300 undi.

Sementara itu, Pengerusi SPR Azhar Harun berkata pihaknya telah dimaklumkan berkenaan keputusan itu dan akan mengambil langkah yang diperlukan untuk mengadakan PRK di situ.

“SPR akur dengan keputusan tersebut dan malah akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan insiden ketidakpatuhan terhadap peraturan pilihan raya.

“(Keputusan mahkamah) bermakna satu PRK perlu diadakan dalam masa 60 hari daripada tarikh SPR menerima perakuan dari mahkamah…Mesyuarat perlu diadakan dalam masa tidak kurang empat hari dan tidak lebih sepuluh hari daripada tarikh perakuan itu,” katanya lagi.

Beliau turut berkata sejak PRU ke-14, tiada lagi sebarang tuduhan pelanggaran peraturan pilihan raya oleh para petugas pilihan raya dalam sembilan PRK yang telah dijalankan. -Malaysiakini

   
Email Print