Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Sokodungo pinggisoman polinta mamantod ekonomi pogun: Agong |  MASwings kumaa BIMP-EAGA au kakasou kalaja suang pogun id Sabah om Sarawak |  Najib monoodo kotombuhuzan duvo tadau id Sabah |  PISOKODUNGAN MONGINTONG VINASI KAPAPANAAI KOPOMOGIZAN BR1M |  Peniaga rayu masalah bekalan air segera diatasi |  Operasi MASwings ke BIMP-EAGA tidak jejas operasi domestik di Sabah, S'wak: Nor Mohamed |  UMS daftar kakitangan OKU pertama |  Tipu: Bekas pegawai Imigresen dipenjara 12 bulan, satu sebatan |  Dua anggota polis bergelut dengan suspek bunuh cuba lepaskan diri |  Agong seru rakyat sokong usaha kerajaan perkukuh ekonomi negara |  Sabah kini miliki Pusat Rawatan Jantung di HQE II Luyang |  5,306 kes malaria dikesan seluruh negara tahun lalu |  SKMM nasihat pengguna patuhi peraturan guna radio komunikasi |  PASTIKAN PENGAGIHAN BR1M LANCAR: MUSA |  Fergie: April derby will be the cornerstone | 
 BM

SEORANG TERBUNUH, SEORANG PARAH AKIBAT LETUPAN DI KILANG

6th December, 2009

SANDAKAN: Seorang pekerja sebuah kilang memproses minyak kelapa sawit di sini terbunuh dan seorang lagi cedera parah selepas mesin pendandang di kilang itu meletup malam kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Ali Bin Talib, 37, yang mati di tempat kejadian, manakala rakan setugasnya Sharizah Ahde, lelaki berusia lingkungan 20-an melecur teruk dan kini menerima di Unit Rawatan Rapi di Hospital Duchess of Kent Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Mohd Razali Awang Ahmad berkata dua jentera bersama 10 anggota bomba dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.12 malam.

Punca letupan itu belum dapat dikenal pasti dan hari ini (kelmarin) anggota bomba pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sementara itu, seorang pekerja di kilang itu yang enggan namanya dikenali berkata kesan letupan itu terlalu kuat dan dia yang berada kira-kira 300 meter dari mesin pendandang itu dapat merasai kesannya.

Katanya dua rakan setugasnya itu bertanggungjawab menjaga mesin pendandang itu, manakala dia dan beberapa lagi pekerja lain di bahagian lain.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan selepas letupan itu berlaku, bekalan elektrik terputus dan seluruh kawasan kilang dalam keadaan gelap,” katanya ketika ditemui di Hospital Duchess of Kent di sini malam kelmarin.

Beliau berkata selepas letupan berlaku, pe kerja lain berjaya menemui Mohd Ali dan Sha- rizah yang mengalami kecederaan teruk sebelum dibawa keluar dari tempat kejadian oleh anggota bomba dan penyelemat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline