Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Commotion in Dewan Rakyat over election of Speaker, the words 'gelap' and 'bedak' |  Ferries and passenger boats in Sabah can operate at full capacity |  Feri om padau susumakai id Sabah pakavasaon do koumpasan di oponu |  JKDM Sabah nakapagaau dadah kihoogo RM1.15 lizong |  Taska mula dibuka di Sabah dengan ikuti SOP |  Eighth rehabilitated sun bear released into the wild |  Matta urges govt to extend loan moratorium for tourism industry, protect sectors |  AirAsia Hotel Bundle Deals offer up to 50 pct savings on city hotel stays |  Air Traffic Rights applications drops 74.3 pct in 1H20 |  Belum diputuskan |  Sabahan Bulldozer cipta nama di Australia |  Mogigiyon mokiinsian kopongundaran ralan om jambatan |  Belia dari 11 kampung Mukim Rosok Bangkahak gotong-royong baiki paip |  Inisiatif NGO bersama penduduk kampung baiki kerosakan akibat banjir |  Penduduk rayu jambatan rosak dibaiki | 
 BM

M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda

17th October, 2019

NABAWAN: Masyarakat etnik Murut digalakkan untuk terus menerapkan bahasa ibunda iaitu bahasa Murut kepada generasi seterusnya agar bahasa murut tidak hilang ditelan zaman.

Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Haji Romli Ishak berkata, masyarakat etnik Murut khususnya ibu bapa perlu mengekalkan bahasa murut dengan menerapkan bahasa tersebut dan bertutur di rumah dengan anak-anak mereka.

Selain itu katanya, sesuai dengan penyediaan Kamus Murut Tahol tersebut, golongan akademik dan ilmuwan dari etnik Murut harus terus menyumbang dan berkongsi ilmu serta kepakaran mereka kepada umum dalam bentuk penerbitan buku.

Katanya, tidak mustahil penerbitan buku berkenaan etnik Murut menjadi rujukan yang digemari kerana mempunyai kekayaan budayanya.

Beliau juga berharap agar kamus ini menjadi titik tolak untuk memartabatkan dan mengekalkan bahasa Murut.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Penyediaan Kamus Murut Tahol, bagi mewakili Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, di Dewan Terbuka Majlis Daerah Nabawan, di sini kelmarin.

Sementara itu, bagi Pengerusi Kamus Murut Tahol, Rosdi Bambangan berkata, penerbitan kamus itu sangat bermakna kerana akan memastikan bahasa ibunda itu tidak pupus ditelan zaman dan memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

“Bahasa murut terpaksa melalui jalan sempit untuk menghidupkan kembali nafasnya dalam kalangan generasi baru, maka menyedari hakikat tersebut saya dan pasukan berusaha untuk menerbitkan kamus Murut Tahol ini. “Untuk ini, semua masyarakat Murut itu sendiri perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran besar untuk membentuk generasi yang cintakan bahasa ibunda.

“Terjemahan bahasa Murut dan penerbitan kamus ini nanti adalah sangat bermakna dan merupakan satu jalan untuk mencapai peningkatan rasa bangga dan ingin belajar bahasa sendiri.

“Besarlah harapan saya agar kamus Murut ini nanti akan mampu memberi manfaat kepada semua pihak dan meningkatkan kesedaran terhadap pentingnya budaya penerbitan buku dan keilmuan dalam konteks etnik yang semakin dilupakan, terutama dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Murut yang berpendidikan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Setiausaha Politik Kepada imbalan Ketua Menteri Sabah, Raymond Ahuar; Presiden Murut Sabah (PMS), Datuk Rubin Balang; Presiden Persatuan Murut Tahol Sabah, Hanafi @ Ansom Putiang; Pengerusi Penganjur Pelancaran Kamus Murut Tahol, Rosdi Bambangan; Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, Aminah Awang Besar dan Pengerusi Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS), Rufinah Pangeran.-OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print