Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
CM invited to officiate at Club Med Borneo groundbreaking ceremony |  KDN does not recognise MCAC card |  Anwar agrees there should not be too much tension on power transition – Dr Mahathir |  9th Sabah Unity League Cup begins December |  Ryan - Malaysia’s U-16 No.1 |  Sistom e-Kasih nadadi sistom hongkod data bersepadu |  Kopoundohian umul mongundi om i mokipihi nookunan |  Keningau Vocational College receives outstanding award at ICLESS 2019 |  Plan for innovation centre in every higher learning institution in Sabah |  GES education fair in Sandakan this Saturday |  Bask Bear Coffee eyes collaboration on sun bear protection |  Inflation pressures to be contained in 2020, says UOB Malaysia |  MPI in talks with MoF to set up biodiesel stabilisation fund |  Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan sehingga 7 Disember |  UMS komited kekal kecemerlangan akademik peringkat antarabangsa | 
 BM

Raymond Ahuar buat laporan polis

17th October, 2019

KENINGAU: Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM), Raymond Ahuar membuat laporan polis bagi menafikan laporan polis yang dibuat oleh dua pihak yang juga telah ditularkan di media sosial.

Katanya, laporan polis yang dibuat oleh beliau bertujuan untuk meminta pihak polis membuat siasatan dan tindakan terhadap dua pihak tersebut yang disyaki mempunyai unsur-unsur laporan palsu, fitnah dan penipuan.

“Laporan ini kita berkaitan dengan dua laporan yang telah dibuat oleh dua pihak yang berasingan iaitu satu di Ibu Pejabat Polis Daerah Tenom kalau tidak silap saya dan satu di IPD Keningau yang memang merujuk kepada saya seperti yang ditularkan dalam facebook ataupun media dan saya datang bersama dengan peguam saya dan juga ada yang datang bersama-sama kita untuk membuat laporan untuk menafikan sekeras-kerasnya tuduhan laporan polis yang telah dibuat,” katanya ketika ditemui media di sini, pada Isnin.

Tambahnya, beliau juga membuat laporan polis ini bagi menjaga nama baik beliau memandangkan laporan polis oleh kedua-dua pihak ini yang tersebar telah mencemari reputasi dan nama baik beliau.

Katanya, berdasarkan laporan yang dibuat oleh mereka juga yang menyatakan mereka tidak tahu, terkeliru dan tidak sedar adalah tidak benar kerana mereka juga terlibat dari peringkat awal berkenaan Deklarasi Ketua-Ketua Adat Bangsa Murut dan Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia serta Program Tamu Rapat Ketua-Ketua Adat Murut Malaysia yang diadakan baru-baru ini.

Katanya, penama juga turut hadir dan memberi perkongsian dan mengetahui berkaitan amalan dan permasalahan adat istiadat Murut.

Selain itu katanya, sesi penggulungan permasalahan adat istiadat Murut, Antakor Rasam iaitu Naib Presiden 1 PKKMM turut menegaskan bahawa program tersebut juga adalah ‘sifar politik kepartian’.

Katanya, ini berbeza dengan laporan yang dibuat yang mengatakan ada agenda politik pihak penganjur untuk kepentingan peribadi.

Oleh itu katanya, beliau menafikan laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pihak tersebut dan berharap agar pihak polis dapat membuat siasatan dengan telus dan adil.

Kira-kira 500 masyarakat hadir menyatakan sokongan kepada Raymond ketika membuat laporan polis di IPD Keningau tersebut.-OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse