Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
‘Bed Intruder’ songster turning fame into a future |  Secret testimony reveals stars’ loss |  Michael Douglas optimistic about cancer recovery |  Petronas buys BP’s stakes for US$363 million |  KL shares end mixed |  Bukit Kiara reports RM1.2 million sales |  Properties worth RM550m sold at SHAREDA expo |  Gompion kinomordikaan maya’ piuludan orurukut tinaru: Ghani |  80 natantaman PATI tinaan id kalaja ponoihian posoihi kakadazan Keningau |  Koonduan nopujulan kiniopon miampai tahanan noihitan wayol |  PANG HUMINABUS LDP OM GUMINABAS KALAJA PAATI |  Akta Persaingan 2010 akan sumbang pasaran berdaya saing |  Syarikat Jepun berminat labur dalam industri sawit |  Rakyat rugi jika ambil keputusan tidak sokong kerajaan: Sairin |  Wanita ditemui mati dengan leher dijerut wayar | 
 BM

Akta Vandalisme perlu diserta denda berat, kata Lam

29th November, 2009

KUALA LUMPUR: Akta Vandalisme, yang disertai denda berat dan wajib menjalani khidmat masyarakat, akan menjadi langkah pencegahan yang berkesan bagi membendung perbuatan vandalisme di negara ini, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata akta seperti itu mungkin merupakan jawapan kepada kesulitan yang dihadapi masyarakat memandangkan undang-undang kecil vandalisme yang dikuatkuasakan oleh beberapa pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lee berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan undang-undang persekutuan yang baru bagi menangani masalah itu.

Ini, katanya, dapat dilaksanakan menerusi kewajipan menjalani khidmat masyarakat untuk membawa malu kepada pesalah, di samping peruntukan mengenakan sebatan ke atas pesalah berulang, memandangkan Artikel 6 Perlembagaan Persekutuan yang menegah buruh paksaan, dipinda beberapa tahun lepas.

Beliau mencadangkan supaya Akta Vandalisme itu “memperuntukkan supaya mereka yang disabitkan kesalahan melakukan perbuatan vandalisme, diwajibkan menjalani khidmat masyarakat, sebagai tambahan kepada denda tidak melebihi RM2,000.”

“Bagi pesalah berulang, mereka yang disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan boleh juga, tertakluk kepada Seksyen 231 Kanun Prosedur Jenayah, dirotan tidak kurang daripada tiga sebatan dan tidak melebihi lapan sebatan,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline