Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
DPM: FLOOD DANGER SCHOOLS IDENTIFIED |  Osmonds return to stage after death of Marie’s son |  Philippines star ‘sorry’ in election campaign row |  Parents give kids fewer bad genes than thought: Study |  Gulf Petroleum to build RM17b complex in PD |  KL shares close lower on profit taking |  January IPI up 12.7 pct |  PEMUDAH to improve five more areas by April this year |  New Economic Model to be unveiled on March 30 |  Soginumu' 7,987 calun SPM 2009 nakaanu naangayan tosonong |  RM34.5 lizong montok 22 PBT uvang id Sabah |  95 susumikul minaganu SPM nakaanu gred A |  NANGANGAZAN SPM SUSUMIKUL KAKADAZAN OM DAHABUS KAKADAZAN KAKAL OKITO |  Gordon kesal terlalu banyak prosedur akibat kad isian semula tidak boleh digunakan |  Orang ramai perlu jimat air: Masidi | 
 BM

Rakyat Sabah perlu waspada terhadap sebarang ancaman

2911-lead-2
BOLKIAH (tengah) memeriksa perbarisan sempena sambutan Hari Pertahanan Awam peringkat negeri di Kudat, kelmarin.

29th November, 2009

KUDAT: Rakyat khususnya di negeri ini perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang ancaman kepada kestabilan negara, walaupun berada dalam suasana aman damai.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail berkata, ini kerana ancaman itu, kini boleh muncul dalam pelbagai bentuk.

“Ancaman fahaman agama yang ekstrim, ancaman dadah dan ancaman kumpulan militan,”katanya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Pertahanan Awam ke -57 peringkat Negeri di Pusat Sukan Kudat, di sini, kelmarin. Katanya, walaupun tugas membenteras ancaman ini adalah tugas anggota kselamatan negara, namun pihak pertahanan awam juga boleh membantu menjadi mata dan telinga kerajaan.

Pertama katanya, anggota pertahanan awam perlu memberi perhatian kepada persekitaran mengenai wujudkan ancaman seperti itu.

Kedua katanya, setiap anggota pertahann awam hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk menjalankan apa juga tugas yang difikirkan perlu bagi membantu membendung segala bentuk ancaman yang mungkin timbul di kawasan masing-masing.

“Adalah menjadi kelaziman bagi manusia mengurangkan kewaspadaan serta semangat apabila negara berada dalam keadaan aman dan damai, masing-masing mengambil mudah suasana sedemikian,” katanya.

Bolkiah berkata, pertahanan awam me- rupakan tanggunjawab rakyat kerana mereka akan membantu diri dan keluarga mereka sendiri sekiranya berlaku bencana atau melepetaka.

Dalam pada, beliau berkata, kerajaan kini dalam peringkat akhir untuk melaksanakan Program Sukarelawan Polis Pertahanan Awam, ianya dijangka dilaksanakan pada tahun depan.

Menurutnya, tujuan program itu, ialah bagi membentuk generasi warga Jabatan Pertahanan Awam dan rakyat yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan keharmonian negara di masa hadapan.

Sementara itu, Bolkiah yang juga Adun Pitas turut mengalu-alukan langkah Jabatan Pertahanan Awan Sabah untuk menubuhkan pejabat operasinya di daerah Pitas tidak lama lagi.

Ini kerana katanya, semua pihak sedia maklum bahawa daerah Pitas merupakan daerah Zon Bencana Banjir.

“Dengan adanya pejabat operasi Pertahanan Awam di Pitas, ianya akan dapat digerakkan dengan cepat apabila berlaku bencana di daerah itu untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline