Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
FORD RANGER GLOBAL CHALLENGE |  Ikoton polinta manaak jalur lebar nakadampot 58 piatus |  RM200 lizong montok projik papaadang gatang id Sabah |  DBKK MAMADADI KOTA KINABALU PODTUONGISAN POINSANDAD |  Kontraktor digesa percepat laksana projek ikut masa ditetapkan: Raime |  Anak tempatan tidak terpinggir isi jawatan penting dalam kerajaan, kata Yussof |  Sabah melebihi sasaran penembusan internet jalur lebar |  Dompok mahu NGO Kadazandusun martabatkan bahasa dan budaya |  K'jaan kaji kemerosotan minat pelajar dalam jurusan sains, matematik |  Yahya optimis kaum Cina bersama BN |  Ismail Sabri: K'jaan belanja RM200j laksana projek seragam harga di Sabah |  MUSA: AMBIL BERAT PENDIDIKAN ANAK-ANAK |  Mancini: City can handle title pressure! |  Women’s futsal team score biggest victory |  Bigger prize money, tougher tests await challengers | 
 BM

KM: TOLAK PENGARUH BARAT YANG NEGATIF

2911-lead-1
NASIR (empat kiri) menyampaikan daging korban kepada salah seorang penerima di majlis itu.

29th November, 2009

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengajak umat Islam supaya menolak pengaruh kehidupan barat yang ternyata lebih banyak membawa kerosakan dan kemusnahan.

Beliau turut menyeru umat Islam supaya mengorbankan gaya hidup yang mengutamakan kemewahan dan kesenangan duniawi, sebaliknya mengamalkan kehidupan yang sederhana dan mengelakkan pembaziran.

“Dengan pendekatan itu, kita bukan sahaja akan dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan harmoni, malah lebih penting daripada itu, umat Islam akan sentiasa memperoleh rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT, di dunia dan akhirat nanti.

“Kita seharusnya menjadikan ibadah korban yang sangat mulia ini sebagai ibadah tahunan untuk dilaksanakan, sama ada di peringkat keluarga mahupun dalam kelompok masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis penyembelihan korban sempena Hari Raya Aidiladha, anjuran Jawatankuasa Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di perkarangan Masjid Bandaraya, di sini, kelmarin.

Teks ucapannya disampaikan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Haji Nasir Tun Sakaran.

Musa berkata, program pengagihan daging korban membolehkan umat Islam berkongsi rezeki dengan golongan kurang berkemampuan termasuklah fakir dan miskin.

“Mereka tentunya akan mensyukuri nikmat pemberian daging korban ini, sementara di pihak orang yang menyumbang pula, akan terpancar rasa gembira kerana dapat membantu meringankan kesusahan yang menimpa saudara Islamnya.

“Inilah hikmah di sebalik ibadah korban bagi menimbulkan kesedaran kepada seluruh umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyakkan majlis ibadah korban di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban membawa kesej penting kepada seluruh umat Islam untuk sentiasa dihayati dan diteladani.

“Antaranya ialah sifat pengorbanan tinggi yang harus dimiliki oleh umat Islam bagi mencapai kejayaan yang diredhai Allah SWT,” katanya.

Dalam hal ini, Musa berkata, Islam menuntut umatnya supaya sentiasa memiliki kesabaran dan kesanggupan berkorban demi menegakkan syair Islam.

“Kesabaran dan pengorbanan yang benar-benar disandarkan atas sifat kehambaan dan ketakwaan kepada Allah SWT, akan menjamin kejayaan yang amat bermakna, seperti pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dengan menuruti perintah Allah SWT.

“Oleh itu, umat Islam seharusnya mengambil mesej penting ini sebagai panduan hidup seharian bagi menghadapi pelbagai bentuk cabaran dan dugaan,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline