Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis |  Program kempen simpanan khas pupuk amalan menabung di kalangan pelajar | 
 BM

Felda sedia bantu wujud pusat makanan gajah di Sabah elak jadi ancaman ladang kelapa sawit di Felda Umas

10th October, 2019

KALABAKAN: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bersedia membantu mewujudkan pusat makanan bagi gajah di Sabah sebagai langkah mengelak hidupan itu terus menjadi ancaman ladang kelapa sawit di Felda Umas.

Pengarah Perladangan Felda, Izham Mustaffa berkata, gajah antara musuh menjadi ancaman kepada ladang kelapa sawit di Felda seluruh negara termasuk Felda Umas sehingga mendatangkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

“Memang merugikan kalau gajah membuat ancaman di ladang, kalau kita ada di Felda Umas ini hampir 5,000 ekar tanah ladang hampir RM4 ke RM5 juta juga kita rugi kalau tidak kawal dan urus musuh ini,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pada Program Penerangan Kepada Petugas Felda dan Ketua-Ketua Peneroka Wilayah Sahabat Berkenaan Kaedah Pengurusan dan Perlindungan Hidupan Liar di Dewan Felda Gugusan Umas, kelmarin.

Sehubungan itu katanya, beliau akan berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk syarikat perladangan lain di sekitar Felda Umas untuk bersama menyediakan pusat konservasi gajah di kawasan bersesuaian.

“Konflik kita ini (dengan gajah) bermula bila tak cukup makan, kawasan ladang kita ini adalah makanan kepada peneroka di samping itu kita berkongsi pula tempat makan bersama gajah, jadi wujud pertembungan di situ.

“Kalau boleh kita tidak mahu melihat pertembungan mencari tempat makan di kawasan sama, sebab itu kita kena ada proses untuk memindahkan gajah ke tempat yang lebih sesuai pada jangka masa secepat mungkin,” katanya.

Katanya, terdapat lebih 40 ekor gajah dewasa berada di kawasan sekitar ladang Felda Umas yang menjadi ancaman ladang kelapa sawit dan ada yang sehingga masuk ke perkampungan mengganggu gugat kehidupan penduduk.

“Kita pernah buat pemindahan gajah-gajah terbabit walaubagaimanapun gajah-gajah yang dipasang kolar dan ditag (ditanda) kembali semula ke kawasan ini (Felda Umas).

“Sebab itu kita kena berbincang dengan Jabatan Hidupan Liar (JHL) untuk mencari kaedah satu kawasan yang lebih tetap dan lebih terurus untuk gajah yang liar yang masih berlegar di kawasan Felda Umas,” katanya lagi.

Izham dalam pada itu berkata, Felda sentiasa komited dalam usaha mengawal gajah yang menjadi ancaman kepada ladang Felda melalui pelbagai kaedah dan kawalan tanpa melanggar akta dan undang-undang dalam negara.

“Kita tidak ada polisi atau dasar yang khusus atau khas membenarkan membunuh hidupan liar yang terancam, kalau itu berlaku itu di luar bidang kuasa Felda untuk mempertahan kakitangan atau peneroka terbabit,” ujarnya.-OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse