Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Konflik manusia-gajah: Peranan m'rakat setempat penting |  Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis | 
 Leisure

Lebih 20 ribu kunjungi Pesta Damas 2019

10th October, 2019

KINABATANGAN: Lebih 20 ribu mengunjungi Pesta Damas 2019, anjuran Persatuan Bangsa Sungai Sabah ( SABAS ) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kinabatangan yang dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Mohamaddin Ketapi di Dataran Tamu Pekan Baharu Sukau di sini baru-baru ini.

Mohamaddin dalam ucapannya memuji kepimpinan Presiden SABAS Dato Juhari Janan dan semua AMT SABAS kerana berjaya menganjuran Pesta Damas kali ini yang agak hebat lagi meriah serta mendapat sambutan masyarakat setempat amnya masyarakat seluruh Negeri Sabah dan semenanjung Malaysia.

Tambahnya lagi kementeriannya sememangnya sentiasa membantu dan bekerjasama serta menggalakkan badan-badan sukarela dan Persatuan bagi penganjuran serupa ini selari dengan matlamat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya untuk mencapai sasaran tahun melawat Malaysia 2020.

Terdahulu daripada itu Juhari dalam ucapan alu-aluannya mengucapkan penghargaan kepada Mohamaddin kerana kesudiannya hadir seterusnya merasmikan Pesta Damas kali ke 5 ini dengan bantuan sumbangan keatas penganjuran Pesta Damas 2019.

Pesta Damas yang diadakan pada 4 – 6 Okt itu telah mendapat sambutan di luar dugaan beliau, tidak juga dilupakan ucapkan terima kasih beliau atas kehadiran pegawai-pegawai kementerian kerajaan Persekutuan dan negeri.

Pelbagai acara diadakan selama tiga hari berturut-turut itu antaranya Perahu berhias, tarian kebudayaan, ratu cantik pameran serta sukan rakyat.

Seperti biasa Pesta Damas diadakan gerai-gerai perniagaan serta pameran daripada budaya masyarakat orang sungai, dan tidak ketinggalan pameran daripada Jabatan kerajaan dan agensi kerajaan.- EJA

   
Email Print
   
 
 
E-browse