Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis |  Program kempen simpanan khas pupuk amalan menabung di kalangan pelajar | 
 BM

Pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah

10th October, 2019

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi kelmarin mengisytihar pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Datuk Amarjit Singh, tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air 2003.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berhubung kes difailkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit, 49, pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

Teck Lee dan seorang ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung ketika memfailkan kes itu menyatakan bahawa pelantikan berkenaan bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Seksyen 3 dalam enakmen itu menyatakan bahawa pelantikan jawatan kanan mestilah dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Sebelum dilantik sebagai Pengarah JANS oleh kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan) Amarjit bukan seorang anggota perkhidmatan awam.

Dalam saman itu mereka mendakwa tindakan Amarjit sejak dilantik pada 10 Ogos tahun lalu telah menjejaskan bekalan air di Sabah.

Antara tindakannya ialah membatalkan dua projek bekalan air yang penting di Tawau dan Lahad Datu serta beberapa tindakan yang boleh dipertikaikan oleh jabatan itu.

Plantif juga mendakwa dalam saman mereka tindakan Amrjit untuk menamatkan konsesi perjanjian enam syarikat yang menguruskan rawatan loji air juga satu tindakan yang kurang wajar.

Mereka berkata penamatkan kontrak itu mendedahkan kerajaan negeri untuk berdepan saman berjumlah RM408.9 juta.

Peguam Yong Yit Jee dan Derran Nichlos Punai mewakili plaintif\ manakala Peguam Kanan Negeri Dayangku Fuziah Hatun Pg Bagul bagi pihak defendan.

Sementara itu Yong berkata mereka menunggu tindakan selanjutnya oleh kerajaan negeri kerana Jabatan Peguam Negeri meminta penangguhan keputusan itu.

“Amarjit tidak wajar datang untuk bekerja sehingga isu ini selesai,” katanya kepada FMT.

Menurut laman web Jabatan Air Sabah, Amarjit mengambil alih tugas sebagai pengarah pada 9 Ogos 2018 daripada mantan pangarhanya, Datuk Walis Ansoi.

Amarjit baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk sempena Ulang tahun Kelahiran Yang di-Pertuan Negeri ke-66.

   
Email Print
   
 
 
E-browse