Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Commotion in Dewan Rakyat over election of Speaker, the words 'gelap' and 'bedak' |  Ferries and passenger boats in Sabah can operate at full capacity |  Feri om padau susumakai id Sabah pakavasaon do koumpasan di oponu |  JKDM Sabah nakapagaau dadah kihoogo RM1.15 lizong |  Taska mula dibuka di Sabah dengan ikuti SOP |  Eighth rehabilitated sun bear released into the wild |  Matta urges govt to extend loan moratorium for tourism industry, protect sectors |  AirAsia Hotel Bundle Deals offer up to 50 pct savings on city hotel stays |  Air Traffic Rights applications drops 74.3 pct in 1H20 |  Belum diputuskan |  Sabahan Bulldozer cipta nama di Australia |  Mogigiyon mokiinsian kopongundaran ralan om jambatan |  Belia dari 11 kampung Mukim Rosok Bangkahak gotong-royong baiki paip |  Inisiatif NGO bersama penduduk kampung baiki kerosakan akibat banjir |  Penduduk rayu jambatan rosak dibaiki | 
 ECO

Sambutan Hari Ozon Sedunia tingkat kesedaran pemuliharaan alam sekitar, kata Rozman

23rd September, 2019

OLEH JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, sambutan Hari Ozon Sedunia yang disambut pada 16 September setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memperkasakan pemuliharaan alam sekitar khususnya yang berkait rapat dengan penipisan ozon.

Beliau berkata, masalah penipisan lapisan ozon adalah disebabkan oleh penggunaan Bahan Pemusnah Ozon yang mengandungi ‘klorin’ seperti kloroffourokarbon (CFC) yang digunakan dalam sektor pendinginan hawa, aerosol, peti sejuk dan juga melalui pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya di kilang elektronik.

“Justeru itu, saya berharap sambutan Hari Ozon Sedunia peringkat Labuan yang dianjurkan oleh JAS akan mampu menyampaikan maklumat berkaitan kepentingan melindungi lapisan ozon dan bahan- bahan yang boleh merosakkan lapisan ozon serta usaha kerajaan dalam melindungi lapisan ozon,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program sambutan Hari Ozon Sedunia 2019 peringkat Labuan di Anjung Budaya, Taman Damai, Layang-Layangan, pada Sabtu.

Sementara itu, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk penanaman sebanyak 122 pokok jenis teduhan dan renik yang ditanan di kawasan Anjung Budaya, Taman Damai Layang-Layangan.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada JX Nipon Oil and Gas Exploration (Malaysia) Limited, Perbadanan Labuan dan Jabatan Pendidikan Labuan.

Hadir sama, Pengarah Perkhidmatan Perbandaran Perbadanan Labuan, Dato’ Osman Che Jusoh mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman, Pengarah Urusan, JX Nipon Oil and Gas Exploration (Malaysia) Limited, Manabo Doi dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan Labuan, Amir Hamzah.

Turut terlibat menjayakan sambutan itu ialah warga pendidik termasuk pelajar sekolah menengah.

   
Email Print