Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis |  Program kempen simpanan khas pupuk amalan menabung di kalangan pelajar | 
 BM

Program One Stop Help Center (KAWAN) mudahkan rakyat: Rozman

23rd September, 2019

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Dtuk Rozman Isli menyambut baik penganjuran One Stop Help Center (KAWAN) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, kerana ia menjadi medium masyarakat untuk berurusan dengan lebih mudah khususnya masyarakat luar bandar.

Secara tidak langsung ia juga katanya, dapat menyebarluaskan perkhidmatan jabatan supaya masyarakat lebih memahami dan mendapat manfaat berkaitan pelaksanaan dasar dan program kerajaan.

“Kepelbagaian program dan usaha berterusan daripada agensi kerajaan adalah platform yang tepat dalam memperkenalkan serta mewar-warkan perkhidmatan yang disediakan mengikut dasar-dasar semasa sekaligus mampu meningkatkan kesejahteraan rakyat di peringkat akar umbi” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program One Stop Help Center 2019 (KAWAN) peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Dewan Komuniti Sungai Bedaun, di sini, petang kelmarin.

Rozman yang juga Pegerusi Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan berkata, Peredaran masa dan ledakan teknologi digital menuntut agar perkhidmatan yang disampaikan sentiasa relevan dengan kehendak individu, keluarga dan komuniti.

“Dengan mengoptimumkan sumber sedia ada serta menyahut saranan berhemah oleh kerajaan, usaha-usaha membantu rakyat dapatlah dijalankan secara usahasama diantara agensi kerajaan dengan komuniti selaras dengan konsep ‘Kebajikan Tanggungjawab Bersama’” katanya.

Jelas Rozman lagi, keberkesanan pendekatan ini bukan sahaja dapat membantu dan memudahkan mereka menerima bantuan malah membantu dan mengenal pasti golongan sasar yang tercicir atau terlepas pandang oleh agensi kerajaan yang lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, Ansharey Matarsad berkata, objektif utama program ini adalah untuk menyalurkan perkhidmatan kerajaan secara terus kepada masyarakat disamping menyediakan intervensi proses pemulihan, khidmat nasihat dan kaunseling.

Beliau yakin program KAWAN ini dapat meningkatkan kesejahteraan semua lapisan masyarakat dan pendekatan yang digunakan dalam menyalurkan perkhidmatan kebajikan juga lebih sesuai serta menepati kehendak dan keperluan kumpulan sasar.

“Kesedian pelbagai agensi kerajaan serta pemimpin tempatan untuk bekerjasama dapat merealisasikan program ini dngan lebih berkesan” katanya.

Program sehari itu telah mendapat kerjasama daripada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Labuan DAN Jabatan Penerangan.

Turut diadakan gerai pameran oleh agensi kerajaan dan sektor swasta antaranya Jabatan Kesihatan, Jabatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, My Salam Kementerian Kewangan, Telekom Malaysia, Amanah Iktihar Malaysia (AIM), Pusat Pungutan zakat (PPZ), Majlis Perwakilan Komuniti Kampung (MPKK), dan Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun serta beberapa agensi yang lain.

Pada majlis itu, Rozman turut melawat kaunter pendaftaran bagi Perkhidmatan Bantuan Sara Hidup dan Kaunter Skim Peduli Kesihatan (Peka) B40 serta gerai pameran agensi kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegwai Eksekutif (Pembangunan), Perbadanan Labuan, Ibrahim Tambi, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Labuan, Simsudin Sidek, Pengarah Jabatan Penerangan, Supian Musa dan para pemimpin masyarakat. -Oleh: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse