Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis |  Program kempen simpanan khas pupuk amalan menabung di kalangan pelajar | 
 BM

52 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di KK

23rd September, 2019

KOTA KINABALU: Polis menahan seramai 52 individu atas pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah di sekitar bandar raya ini termasuk Inanam, Sembulan dan Manggatal dalam tempoh seminggu mulai 14 Sept hingga Jumaat lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Supt George Abd Rakman berkata kesemua individu ditahan dalam 20 serbuan dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu itu, berumur 16 hingga 57 tahun termasuk 21 daripada mereka adalah warga asing.

“Turut dirampas dalam tempoh operasi itu ialah 14.87 gram syabu dan 9.7 gram ketamin dianggarkan bernilai RM2,198,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata usaha membanteras pengedaran dan penagihan dadah di sekitar Kota Kinabalu akan terus diperhebat dari semasa ke semasa demi menjamin kesejahteraan serta ketenteraman awam.

Sementara itu, dalam operasi berlainan, George berkata polis Kota Kinabalu menangkap seramai 10 pendatang tanpa izin (PTI) dalam Op PTI dijalankan selama enam jam di tujuh lokasi sekitar bandar raya ini, pada Sabtu.

George berkata dalam operasi bermula 2 petang hingga 8 malam itu, individu ditahan berumur antara 16 hingga 55 tahun dan kesemua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63.

“Tumpuan lokasi operasi adalah kawasan bandar raya bagi membendung kadar pertumbuhan PTI yang mengundang kepada kegiatan jenayah di Kota Kinabalu,” katanya, dan menambah operasi itu turut dibantu beberapa agensi lain termasuk Pasukan Gerakan Am, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Orang ramai diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan di talian 088-529 220 atau ke laman Facebook IPD Kota Kinabalu dalam usaha membanteras jenayah, PTI dan dadah di sekitar bandar raya ini, katanya. -Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse