Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis |  Program kempen simpanan khas pupuk amalan menabung di kalangan pelajar | 
 BM

Buruh terbunuh motosikal bertembung pacuan empat roda

23rd September, 2019

Oleh NAZRINI BADARUN

TAWAU: Seorang buruh terbunuh selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Kg.Jagung, Jalan Merotai-Bombalai di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 10.05 malam itu, mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Jeluing Anak Apau, 48, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, ACP Peter Umbuas yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian berlaku ketika pemandu kenderaan dalam perjalanan dari Kalabakan menghala ke rumahnya di Taman Ambar.

Manakala mangsa dari arah Kampung Iban dan apabila tiba di tempat kejadian, mangsa mahu memasuki semula laluannya selepas memotong sebuah motokar.

Bagaimanapun dia tidak sempat lalu bertembung dengan pacuan empat roda yang tiba-tiba berada di hadapannya sehingga mengakibatkan motosikalnya terbakar dan mangsa maut di tempat kejadian.

Akibat kejadian itu, kenderaan Toyota Hilux mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala motosikal mengalami kerosakan secara keseluruhan.

Difahamkan ketika kejadian lampu hadapan motosikal mangsa tidak berfungsi dengan siasatan awal dan soal siasat saksi di tempat kejadian mendapati kejadian adalah berpunca dari mangsa.

Mangsa dipercayai menunggang motosikal secara berbahaya dan tidak mempunyai lampu hadapan dengan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

   
Email Print
   
 
 
E-browse