Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis |  Program kempen simpanan khas pupuk amalan menabung di kalangan pelajar | 
 BM

Kerajaan akan ambil perhatian masalah penduduk, kata Peter

23rd September, 2019

Oleh: MARUTIN ANSIUNG

KENINGAU: Kerajaan akan mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Parlimen Pensiangan yang bakal memiliki tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang Pilihanraya Umum ke 15 (PRU 15).

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, banyak masalah yang perlu diatasi di kawasan ini seperti menaiktaraf jalanraya kampung, membaiki jambatan rosak, menaiktaraf bekalan air bersih dan elektrik.

Peter yang juga Presiden KDM Malaysia berkata, peruntukan untuk melaksanakan projek-projek yang telah dirancang telah dikemukakan kepada Ketua Menteri untuk dimasukkan dalam bajet tahun 2020.

“Kawasan DUN Tulid juga tidak terkecuali dalam perancangan ini walaupun ia merupakan kawasan baharu di samping DUN Sook dan Nabawan. Kita berharap Ketua Menteri meluluskan peruntukan yang kita minta” katanya kepada media pada Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat DUN Tulid di Dewan Gereja St. Blasius Kampung Magatang dekat sini pada Sabtu.

Selain itu Adun Melalap itu berkata, masalah pemilikan tanah juga penduduk di kawasan ini juga akan diatasi supaya mereka dapat memiliki geran individu atau Geran NT.

“Dalam hal ini kita minta Jabatan Tanah dan Ukur mempercepatkan pengukuran dan seterusnya pengeluaran Geran N.T kepada penduduk yang sudah berpuluh tahun menanti geran tanah mereka” katanya.

Pada majlis itu Peter menyumbang RM50,000 untuk keperluan Gereja St. Blasius Kg. Magatang.

Hadir sama pada majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 3,000 penduduk di sekitar kawasan Pensiangan itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Kautis, Setiausaha Politik Ketua Menteri Adzhar @ Eddy Tan Sri R.M Jasni, bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Terdahulu pada hari yang sama Peter yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menyampaikan kunci rumah sumbangan SAFA kepada bekas pemain Sabah Paulus Jimit @ Mohd Firdaus di Kampung Seberang Tabilung Tambunan.

Paulus 57, yang beraksi sebagai pemain midfield pada tahun 70an seingga 90an seangkatan dengan legenda bola sepak Sabah Datuk James Wong dan Datuk Hassan Sani, kini lumpuh sebelah badan dan tidak dapat bercakap kerana serangan angin ahmar sejak tahun 2015.

   
Email Print
   
 
 
E-browse