Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Konflik manusia-gajah: Peranan m'rakat setempat penting |  Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis | 
 BM

Jerebu beransur pulih Okt ini: Issnaraissah

23rd September, 2019

OLEH MARUTIN ANSIUNG

KENINGAU: Jerebu yang melanda di negera ini diharap beransur pulih dalam bulan Oktober ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Malaysia, Issnaraissah Munirah Majilis mengingatkan seluruh rakyat Malaysia terutama di negeri ini agar tidak membuat sebarang pembakaran terbuka.

Katanya, keadaan Sabah masih terkawal dari segi jerebu berbanding Sarawak dan Semenanjung.

“Di Sarawak kita sudah adakan pembenihan awan dan juga di Semenanjung Malaysia yang teruk dilanda jerebu, kita di Sabah bernasib baik sedikit.

“Saya berharap orang ramai tidak lagi melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukan lagi keadaan.

“Apabila jerebu terlalu tebal, kita bimbang hujung tahun ini ramai yang menghadapi peperiksaan PT3. Justeru itu, kita berharap awal Oktober jerebu akan pulih,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Bonor dan SK Binakaan di Daerah Kecil Sook pada Sabtu.

Mengenai lawatan kerjanya di Daerah Kecil Sook, pelbagai keluhan penduduk kampung diterima antaranya ialah permasalahan mengenai bekalan air bersih di Kampung Bonor dan Kampung Binakaan.

Katanya, melalui Kementerianya akan cuba mengatasi masalah ini dibawah program ‘My Sosial Innovation’ seperti yang dilakukan di Tuaran yang memberi manfaat kira-kira lebih 2,000 penduduk kampung ketika ini.

Selepas lawatan kerja itu, Issnaraissah merasmikan Majlis Makan Malam amal bersama Kanak-Kanak istimewa Pusat Pemulihanan Dalam Komuniti PPDK Keningau dan Merampong di salah sebuah hotel di sini.

Pada majlis itu, beliau slmenyerahkan sumbangan bernilai RM8,000 hasil dana yang dikumpulkan melalui Projek Amal anjuran Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Adzhar Tan Sri R.M Jasni kepada PPDK Keningau.

Hadir sama pada malam itu, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Kautis, Pegawai Daerah Keningau Hassan Mahali, ketua-ketua jabatan dan pemimpin- pemimpin masyarakat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse