Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Last male Sumatran Rhino Tam honoured |  Labuan FSA intensifies efforts to attract digital-based financial services |  POIC, Northport in pact for BIMP-EAGA trade |  Kenali pasukan pelaksana MGTS2019 |  Peruntukan besar kepada Kementerian Pendidikan tepat pada masanya: Arifin |  35 guru penasihat sertai Kursus Pertolongan Cemas SJAM Sandakan |  Pekerja kolam ikan ditemukan mati lemas di Ranau |  APMM sita bot nelayan tempatan langgar syarat sah lesen |  Perbadanan Labuan dan Kolej Vokasional jalin kerjasama |  Kraftangan, pelancongan dua sektor saling mengimbangi impak positif kepada negara |  Konflik manusia-gajah di Sabah: Elakkan pembangunan di kawasan sensitif |  Pameran ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ dan ‘Tam: Badak Jantan Terakhir’ di Kompleks Muzium Sabah |  Hubungan dua hala Sarawak dan Sabah dipertingkat menerusi k-sama ekonomi |  Tempoh 90 hari cuti bersalin dipanjangkan kepada k-tangan swasta |  41,000 penduduk di DUN Balung berdepan krisis air kritikal | 
 BM

Sebanyak 290 kes hilang kerja di Sandakan

20th September, 2019

SANDAKAN: Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sandakan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2019 menunjukkan pekerja yang memohon kehilangan pekerjaan adalah sebanyak 290 kes.

Menurut Pengurus Perkeso Sandakan, Mariam Hj Hassan, sebanyak 323 kes telah dibayar bagi pelbagai jenis bayaran dibawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

SIP dibawah Akta 800 yang bermula sejak Januari 2018 bertujuan untuk menjamin keselamatan sosial kepada pekerja yang kehilangan pekerjaan disamping dengan adanya Program Kembali Bekerja Semula (Return To Work) ianya dapat membantu kesejahteraan dan ekonomi para pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Manakala, golongan pemandu teksi dan seumpamanya juga turut tidak ketinggalan untuk mendapatkan jaringan keselamatan sosial daripada PERKESO dibawah perlindungan Skim Pekerjaan Sendiri (SPS) dibawah Akta 789.

Jelas Mariam, setakat Januari hingga Ogos 2019 sebanyak 1,140 orang golongan tersebut telah berdaftar dibawah PERKESO Sandakan dan usaha yang lebih giat telah dibuat untuk menyedarkan golongan tersebut.

“Mencarum kepada PERKESO umpama sediakan Payung Sebelum Hujan kerana malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa dan dimana jua tanpa kita ingini.

” Oleh yang demikian saya menyeru agar kita semua sama sama sebarkan kepentingan mencarum dengan PERKESO”, katanya kepada media pada Program Seranta PERKESO Sandakan di Hotel Sandakan pada Khamis. Majlis itu dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Mariam menambah, mengikut statistik PERKESO Sandakan bagi tempoh Januari 2019 Ogos 2019 bilangan majikan telah berdaftar adalah sebanyak 739 majikan dan majlikan yang aktif sebanyak 9189.

Ulasnya, sebanyak 81 majikan telah dikenakan kompaun atas kesalahan Gagal Daftar Perusahaan (Seksyen 4, AKSP 1969), Gagal Daftar Pekerja (Seksyen 5, AKSP 1969) dan Lewat Lapor Kemalangan (Peraturan 71, PKSP 1971) Sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun ini juga, PERKESO Sandakan telah membayar sejumlah RM1,676,577.29 bagi keseluruhan kes faedah termasuk faedah perubatan dan Bayaran Ganti Belanja.

Manakala sebanyak, 337 kes telah dibayar yang merangkumi Faedah Hilang Upaya Sementara,Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Pencen ilat, Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat.

Terdahulu, pada dasarnya PERKESO mentadbir dua skim dibawah Akta iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.

Dimana, Skim Bencana Pekerjaan merupakan skim yang melibatkan kemalangan dan kematian akibat pekerjaan serta bagi Skim Pencen llat adalah berkaitan keilatan dan kematian akibat sebarang sebab.

Mariam menambah, bermula 1 Januari tahun ini, pampasan kemalangan pekerja asing telah diambil alih oleh PERKESO melalui peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (AKTA4) yang hanya meliputi Skim Bencana Kerja Sahaja, yang mana dahulunya Skim ini dikenali sebagai Pampasan Pekerja Asing (SPPA) yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Kerja.

Ujarnya, setakat Januari 2019 sehingga Ogos 2019 Perkeso Sandakan telah menerima mendaftarkan pekerja asing sebanyak 10,387 pendaftaran. -Oleh: ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse