Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Zairudi, James dilantik penolong pengurus PSC |  PESAN |  Gonsurai |  Sogilit RM1.6 lizong nagamu do JKDM id suang kalaja Ops Supply |  Kelab Belia Keningau dengan k-sama tiga NGO sampaikan bantuan 50 keluarga |  Arthur lawat, beri sumbangan kepada Pusat Kuarantin di Pensiangan |  Dugaan enam sekeluarga sambut Syawal |  Kastam Sabah rampas rokok seludup bernilai RM1.6 juta sejak 24 April |  SOPs Strictly Observed at Pasar Sentral Labuan |  Sabah tourism industry decline starting in Feb |  Contraband cigs worth RM1.65m seized in Tawau |  28 per cent discount of electricity bills only for monthly usage of RM500 and below |  Hajah Mariam Omar Matusin is new deputy state secretary |  Visiting graves among activities prohibited during Aidilfitri celebration in Sabah |  AirAsia’s BIG Loyalty Points Catcher is back with 7.7 million BIG Points | 
 BM

13 sertai Ekspedisi Headhunter Trails Challengge

20th September, 2019

KENINGAU: Seramai 13 ahli Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Kujau, Gana dan Nabai Sabah (KGNS) serta Kelab Bola Sepak Bingkor (BSC) telah menyertai Ekspedisi Headhunter Trails Challenge dari Taman Bandukan Bingkor hingga ke Daerah Papar sempena Hari Malaysia pada Isnin.

Ekspedisi sejauh 65 kilometer bermula daripada Taman Bandukan Bingkor di sini hingga ke Daerah Papar diketuai oleh Jainus Lian, yang telah dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Robert Tawik.

Jainus yang ditemui berkata, tujuan ekspedisi ini juga untuk membuat satu laluan pelancong antara Bandukan dengan Papar untuk pelancongan dan mereka yang mencintai alam dan sungai.

“Ekspedisi ini akan mengambil masa empat malam dan lima hari, kami akan mengikuti aliran sungai Bayayo dan merentasi Banjaran Crocker,” katanya.

Jainus berkata, ahli-ahli kumpulan itu telah membuat latihan intensif terutama kekuatan mental dan fizikal ketika menghadapi cabaran yang lebih getir dalam perjalanan itu.

Katanya, mereka akan berjalan kaki mengikuti sungai Bayayo dan juga terpaksa mendaki bukit dan merentasi hutan untuk tiba ke Daerah Papar.

Jainus berkata, mereka juga akan bermalam di tengah-tengah hutan dengan mendirikan khemah untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan pada hari berikutnya.

Sementera itu, Robert berharap agar ekspedisi itu akan mencapai kejayaan dan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Beliau juga percaya, ekspedisi ini dapat menjadikan Taman Bandukan sebagai tumpuan kepada pelancong dari dalam dan luar negeri terutama mereka yang menggemari aktiviti lasak bagi mencuba laluan berjalan kaki dari Papar ke Taman Bandukan dan sebaliknya.

Robert juga telah menyerahkan bendera Sabah kepada Jainus dan melepaskan peserta untuk ekspedisi itu.-OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print