Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Zairudi, James dilantik penolong pengurus PSC |  PESAN |  Gonsurai |  Sogilit RM1.6 lizong nagamu do JKDM id suang kalaja Ops Supply |  Kelab Belia Keningau dengan k-sama tiga NGO sampaikan bantuan 50 keluarga |  Arthur lawat, beri sumbangan kepada Pusat Kuarantin di Pensiangan |  Dugaan enam sekeluarga sambut Syawal |  Kastam Sabah rampas rokok seludup bernilai RM1.6 juta sejak 24 April |  SOPs Strictly Observed at Pasar Sentral Labuan |  Sabah tourism industry decline starting in Feb |  Contraband cigs worth RM1.65m seized in Tawau |  28 per cent discount of electricity bills only for monthly usage of RM500 and below |  Hajah Mariam Omar Matusin is new deputy state secretary |  Visiting graves among activities prohibited during Aidilfitri celebration in Sabah |  AirAsia’s BIG Loyalty Points Catcher is back with 7.7 million BIG Points | 
 BM

JPN serah 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa kebakaran

20th September, 2019

KINABATANGAN: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini menyerahkan 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Batung Penangah dekat sini pada 30 Julai lepas.

Pengarah JPN Sabah, Datuk Ismail Ahmad berkata 37 dokumen berkenaan merupakan Cabutan Sijil Lahir, 13 gantian Mykad, tiga gantian Mykid dan satu sijil kematian.

“Penyerahan dokumen ini merupakan salah satu program turun padang yang dilaksanakan JPN Sabah bagi membantu meringankan beban mangsa kebakaran.

“Kaunter bergerak ini menjadi pemudah cara kepada mangsa, kerana jalan dari kampung ini untuk ke cawangan terdekat JPN di Tongod pun mengambil masa hampir dua jam dan Sandakan empat jam perjalanan, dengan jalan berlubang dan tidak rata, sebab itu JPN mengambil inisiatif ini membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program penyerahan dokumen JPN kepada mangsa kebakaran Kampung Batung Penangah di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Ismail berkata lebih 200 dokumen pengenalan diri sudah dikeluarkan menerusi kaunter bergerak kepada mangsa kebakaran di Sabah.

“Kesemua penerima itu adalah mangsa kebakaran di Likas, Petagas, Matunggong, Semporna, Tawau dan terkini Penangah ini,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima dokumen terbabit, Sidrece Titu berterima kasih kepada JPN yang memudahkan mangsa kebakaran untuk mendapatkan semula dokumen pengenalan diri yang musnah dalam kebakaran di kampung itu.

“Bantuan daripada semua pihak ini, akan menambah kekuatan kami supaya bangun semula dan meneruskan kehidupan,” katanya lagi.

Dalam kejadian itu, 31 rumah musnah terbakar di Kampung Batung Penangah membabitkan 166 mangsa selain turut mengorbankan seorang warga emas.-Bernama

   
Email Print