Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Konflik manusia-gajah: Peranan m'rakat setempat penting |  Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis | 
 BM

Latihan bencana perlu diadakan lebih kerap, kata Dr Dzulhelmy

20th September, 2019

KENINGAU: Latihan bencana perlu diadakan dengan lebih kerap supaya kerja-kerja menyelamat dalam situasi sebenar dapat dijalankan dengan lebih teratur bersama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Pengerusi Penganjur yang juga Pakar Perubatan Kecemasan Hospital Keningau, Dr Dzulhelmy Sulaiman berkata, sekurang-kurangnya ia dapat diadakan setiap setahun sekali, ini kerana kali terakhir latihan bencana diadakan oleh pihak Hospital Keningau di daerah ini adalah pada tahun 2013.

“Oleh itu, program seumpama ini diharap dapat diteruskan untuk memberi latihan berkenaan penyelamatan agar komunikasi dan persefahaman antara jabatan-jabatan dan NGO yang berkaitan dapat ditingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Latihan Bencana, yang diadakan di Jambatan Jalan Bunsit Bandukan, Bingkor di sini, pada Rabu.

Sementara itu, menurut Ketua Zon Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Keningau, Yuszaimi Hairrul Azwan Juatan menyambut baik latihan bencana tersebut bersama-sama dengan jabatan-jabatan kerajaan dan NGO yang terlibat kerana akan dapat membantu meningkatkan lagi kerjasama dan persefahaman antara satu sama lain.

Katanya, ia dapat memberi gambaran kepada setiap jabatan-jabatan kerajaan dan NGO yang terlibat berkenaan dengan kerja-kerja penyelamatan berkaitan bencana pada latihan itu dan seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam kejadian sebenar.

“Ini akan meningkatkan lagi kecekapan, persefahaman dan komunikasi setiap jabatan-jabatan kerajaan dan NGO yang terlibat apabila berlaku situasi sebenar di kawasan Pedalaman Atas khususnya di daerah ini agar dapat melakukan kerja-kerja penyelamatan dengan lebih berkesan dalam kejadian sebenar,” katanya.

Tambahnya, Pedalaman Atas juga mempunyai risiko dalam bencana seperti banjir kilat, tanah runtuh, kebakaran dan kemalangan.

Katanya, pihak JBPM Zon Keningau juga sentiasa bersedia dalam menghadapi segala kemungkinan bencana seperti itu berlaku di Pedalaman Atas.

Pada latihan itu, senario latihan tersebut menunjukkan sebuah bas sekolah dan sebuah kereta terlibat dalam kemalangan, di mana seramai 40 mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dimana tiga maut dan selebihnya cedera parah.

Jabatan kerajaan dan NGO yang terlibat dalam latihan tersebut adalah Hospital Keningau, JBPM Zon Keningau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Keningau, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Keningau, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Keningau dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Keningau.-OLEH RIZALMI LIMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse