Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Konflik manusia-gajah: Peranan m'rakat setempat penting |  Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis | 
 EDUCATION

Nilai kemanusiaan dalam era IR4.0 perlu diperkasakan

20th September, 2019

KOTA KINBALU: Nilai kemanusiaan dalam era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) perlu diperkasakan khususnya di peringkat universiti melalui pengajaran terhadap mata pelajaran falsafah dan etika agar nilai-nilai kemanusiaan tidak hilang dan universiti dapat melahirkan graduan-graduan yang tidak lupa kemanusiaannya.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, dalam membentuk pendidikan negara agar selari dengan IR4.0, penerimaan sains dan teknologi perlu difikirkan secara berhati-hati agar isu-isu yang melibatkan kemanusiaan tidak terlepas pandang.

“Antara perkara penting yang boleh difikirkan di sini ialah bagaimana kita boleh menangani isu-isu etika akibat kesan revolusi industri 4.0 terhadap kemanusiaan kita.

“Jika kita terlalu menerima sains dan teknologi tanpa mempedulikan etika kemanusiaan, maka saya bimbang IR4.0 hanya akan melahirkan pengamal-pengamal sains dan teknologi yang buta kepada apa yang membuatkan diri kita sebagai seorang manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Kemanusiaan Kali Ke-2 (PAPK2) di Hotel Grand Borneo, pagi kelmarin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Prof. Dr. Rasid Mail. Tambah Prof. Datuk Dr. Taufiq Yap, dalam konteks pendidikan universiti, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Malaysia Baharu sedar akan kepentingan mata pelajaran falsafah dan etika.

“Maka, baru-baru ini KPM telah memutuskan untuk merombak kursus-kursus wajib universiti agar penekanan terhadap falsafah dan etika dapat dizahirkan.

“Diharap dengan perubahan kursus wajib universiti, pelajar dapat berfikir secara kritis di samping menghayati etika dalam isu-isu kemanusiaan yang dihadapi oleh umat manusia,” ujar beliau.

Bertemakan ‘Memfalsafahkan Ilmu Kemanusiaan, Memanusiakan Falsafah’, persidangan anjuran Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa itu melibatkan pembentangan lebih 70 kertas kerja berkaitan bidang kemanusiaan.

Turut hadir Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Dato’ Ahmad Murad Merican selaku pengucap tama persidangan; Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) PPIB, Dr. Romzi Ationg; Presiden Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia, Dr. Mohammad Alinor Abdul Kadir; dan Pengerusi PAPK2, Dr. Shaffarullah Abdul Rahman.

   
Email Print
   
 
 
E-browse