Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Last male Sumatran Rhino Tam honoured |  Labuan FSA intensifies efforts to attract digital-based financial services |  POIC, Northport in pact for BIMP-EAGA trade |  Kenali pasukan pelaksana MGTS2019 |  Peruntukan besar kepada Kementerian Pendidikan tepat pada masanya: Arifin |  35 guru penasihat sertai Kursus Pertolongan Cemas SJAM Sandakan |  Pekerja kolam ikan ditemukan mati lemas di Ranau |  APMM sita bot nelayan tempatan langgar syarat sah lesen |  Perbadanan Labuan dan Kolej Vokasional jalin kerjasama |  Kraftangan, pelancongan dua sektor saling mengimbangi impak positif kepada negara |  Konflik manusia-gajah di Sabah: Elakkan pembangunan di kawasan sensitif |  Pameran ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ dan ‘Tam: Badak Jantan Terakhir’ di Kompleks Muzium Sabah |  Hubungan dua hala Sarawak dan Sabah dipertingkat menerusi k-sama ekonomi |  Tempoh 90 hari cuti bersalin dipanjangkan kepada k-tangan swasta |  41,000 penduduk di DUN Balung berdepan krisis air kritikal | 
 Leisure

Kumpulan rock masih dirindui

19th September, 2019

INDUSTRI era muzik rock kalau dikenang kembali terutamanya zaman kemuncak sekitar tahun-tahun lewat 1980-an ramai menitiskan air mata.

Bukan kerana kegilaan dengan kumpulan-kumpulan rock pernah mewarnai pentas seni hiburan tanahair tetapi sebenarnya lagu-lagu berhantu mereka pada zaman kegemilangan kebanyakan meruntun jiwa yang sehingga ke hari ini menjadi nostalgia terindah buat sesiapa sahaja.

Yang menjadi kenangan dan sukar dilupakan apabila lagu kumpulan rock tertentu meninggalkan kesan mendalam kepada pasangan yang bercinta di zaman-zaman bangku sekolah ketika itu.

Kalau diceritakan memang tidak habis namun percaya atau tidak, kebanyakan lagu-lagu rock kapak dari album-album hits walaupun iramanya tinggi tetapi sedap didengar membuatkan seseorang jiwa-jiwa dan tidak kurang pula ada yang ‘frust menonggeng’.

Kumpulan rock seperti Search, Wings, Lefthanded, May, Gersang, Utopia, Loving Born dan Medicine serta banyak lagi sehingga sekarang lagu-lagu mereka terus malar segar.

Inilah kehebatan kumpulan rock sekali pun lagu-lagu mereka berulang kali diputarkan di corong-corong radio namun peminat tidak pernah bosan malah tetap menjadikan lagu yang diminati ini sebagai permintaan utama samada di stesen radio mahu pun lagu-lagu karaoke.

Bercakap pasal imej dan penampilan kumpulan rock dulu-dulu tidak kurang juga hebatnya, sesetengah peminat terutama yang membesar dengan lagu-lagu rock kapak masih bersemangat dengan tujuan minat terhadap irama rock tidak pernah pudar sampai bila-bila.

Ini memungkinkan supaya kegemilangan era muzik rock yang persembahan hebat mereka diatas pentas hiburan negara seperti dari segi fesyen atau yang pernah menjadi ikutan generasi dulu boleh dikongsi bersama.

Hiburan New Sabah Times semasa membuat liputan akhbar di Karnival Sukan Rakyat sempena Sambutan Ambang Malam Hari Malaysia di Padang Bandaran Sandakan baru-baru ini sedikit teruja dengan penampilan penuh menarik dan bergaya sekumpulan pemuda.

Kumpulan pemuda yang dikenali sebagai Rockers Sandakan ini mencuri tumpuan orang ramai sewaktu berlangsungnya Ambang Malam Hari Malaysia.

Dengan berpakaian ala rockers 90-an, mereka yang terdiri daripada lebih 15 ahli dan kebanyakannya berusia antara 15 hingga 35 tahun menarik perhatian pengunjung ke karnival berkenaan.

Yang menarik sekali pengunjung terutama peminat setia rock dulu-dulu tidak melepaskan peluang dengan bergambar bersama Rockers Sandakan yang memiliki keunikan tersendiri seperti menggayakan fesyen pakaian dan rambut pula sama seperti kumpulan rock yang popular pada tahun 80-an dan 90-an dahulu.

Salah seorang ahli kumpulan itu, Mohd Wan Asnizam Ashari memberitahu mereka tidak mempunyai ketua kumpulan dan fesyen yang digayakan sesuai dengan jiwa mereka.

Katanya, fesyen mereka tampilkan sudah tertanam dan sesuai dalam jiwa kerana mereka sentiasa bersatu dan bertemu dalam majlis atau program tertentu.

“Kami berasal dari pelbagai kampung di Sandakan dan kami bukan dari kampung yang sama, tetapi kami sentiasa berhubung dan kebiasaanya kami akan dipanggil dalam sesebuah program.

“Antara keistimewaan kumpulan kami ialah selalu dipanggil untuk memeriahkan satu-satu majlis,” katanya semasa ditemui pada program karnival tersebut.

Sementara itu, bagi Redzuan Hussien pula berkata mereka tidak menafikan bahawa selama ini memang ada sesetengah pihak yang memandang serong terhadap mereka.

“Tetapi kami sebenarnya tidak mengganggu sesiapapun … kami hanya menggayakan fesyen yang kami suka, saya rasa pihak tidak sukakan kami harus kenali kami lebih dahulu.

“Kami sedia bercerita dan duduk semeja mungkin itu boleh mengubah persepsi mereka terhadap kami, kami sedia,” ujarnya menjawab soalan diajukan.

Redzuan berkata kumpulan mereka mula diwujudkan sejak lebih lima tahun lalu dan ia kekal sehingga ke hari ini. Katanya lagi, mereka hanya suka-suka saja di mana yang dapat hadir bolehlah hadir sebab sebahagian dari mereka merupakan pelajar.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa bersedia menerima undangan daripada mana-mana pihak untuk satu-satu program dan boleh menghubungi mereka melalui Facebook Rockers Sandakan.—OLEH ROZZALIN HASHIM

   
Email Print
   
 
 
E-browse