Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Last male Sumatran Rhino Tam honoured |  Labuan FSA intensifies efforts to attract digital-based financial services |  POIC, Northport in pact for BIMP-EAGA trade |  Kenali pasukan pelaksana MGTS2019 |  Peruntukan besar kepada Kementerian Pendidikan tepat pada masanya: Arifin |  35 guru penasihat sertai Kursus Pertolongan Cemas SJAM Sandakan |  Pekerja kolam ikan ditemukan mati lemas di Ranau |  APMM sita bot nelayan tempatan langgar syarat sah lesen |  Perbadanan Labuan dan Kolej Vokasional jalin kerjasama |  Kraftangan, pelancongan dua sektor saling mengimbangi impak positif kepada negara |  Konflik manusia-gajah di Sabah: Elakkan pembangunan di kawasan sensitif |  Pameran ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ dan ‘Tam: Badak Jantan Terakhir’ di Kompleks Muzium Sabah |  Hubungan dua hala Sarawak dan Sabah dipertingkat menerusi k-sama ekonomi |  Tempoh 90 hari cuti bersalin dipanjangkan kepada k-tangan swasta |  41,000 penduduk di DUN Balung berdepan krisis air kritikal | 
 BM

Jamilah johan Pertandingan akhir Bintang Patriot Sandakanfm

19th September, 2019

OLEH ALIZA ALAWI

JAMILAH Hancus yang membawakan lagu berjudul Bahtera Merdeka dinobatkan sebagai johan Pertandingan Akhir Bintang Patriot Sandakanfm 2019 yang berlangsung di Pentas Utama Pasaraya Besar Mydin Sejati Ujana Sandakan baru-baru ini.

Jamilah yang menewaskan 7 peserta lain membawa pulang baucer bernilai RM500 daripada Mydin, wang tunai dan jambangan bunga.

Sementara naib johan dan tempat ketiga masing-masing disandang Mohd Darwin Dani yang menyanyikan lagu Negaraku dipopularkan Faizal Tahir dan Joe Flizzow manakala Naina Nasip, lagu berjudul Standing In The Eyes of The World.

Kedua-dua mereka menerima baucer bernilai RM300 dan RM150, wang tunai dan jambangan bunga. Dalam pada itu, Mohd Darwin Dani turut merangkul kategori persembahan terbaik manakala Norshah Nozzy diumumkan sebagai peserta paling popular.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Upko merangkap Ketua Bahagian Upko Libaran, Dr Peter JR Naintin bersama Pengurus Penyiaran Sandakanfm, Baharullah Baba.

Pertandingan akhir itu dilaksana dengan kerjasama antara Sandakanfm bersama Pasaraya Besar Mydin Sejati Ujana Sandakan, Upko Libaran dan Bonia Sandakan.

Penerbit Pertandingan Akhir Bintang Patriot Sandakanfm 2019, Asnita Sulaiman ketika ditemui pemberita RTM berkata, pertandingan itu diadakan antara lain bertujuan menyemarakkan serta memperkukuh semangat dan jiwa cintakan negara dalam kalangan belia melalui nyanyian lagu-lagu patriotik.

“hari ini ada 8 finalis yang berentap merebut gelaran juara bintang patriot sandakanfm 2019 dan ini merupakan kerjasama antara Sandakanfm dan juga pesaraya besar mydin Sandakan dan pastinya antara objektif pertandingan ini diadakan salah satunya untuk mencungkil bakat dalam bindang nyanyian dan pastinya juga menyemarakkan semangat patriotik di kalangan peserta khususnya golongan belia…

Menurutnya, pertandingan itu juga merupakan antara pengisian kepada program Sambutan Hari Malaysia oleh Sandakanfm.

Selain, Pertandingan Akhir Bintang Patriot, Sandakanfm sebelum ini turut mengadakan kuiz kenegaraan dan pertandingan Pertandingan Busana Cilik Sayangi Malaysiaku serta rancangan-rancangan khas Hari Malaysia yang disiarkan di Sandakanfm.

   
Email Print
   
 
 
E-browse