Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis |  Program kempen simpanan khas pupuk amalan menabung di kalangan pelajar | 
 BM

Gigi aset berharga dan istimewa kepada manusia: Munirah

19th September, 2019

KOTA BELUD: Gigi adalah aset paling berharga dan istimewa yang dianugerahkan pada manusia kerana gigi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Binti Majilis berkata, gigi adalah pelengkap kepada penampilan seseorang dan menjadi salah satu anggota yang terpenting dalam sistem pencernaan manusia.

“Kesihatan gigi tidak boleh diambil mudah dan dipandang ringan sama sekali. Dan perlu diingat bahawa kesihatan pergigian juga adalah sama pentingnya dengan kesihatan tubuh badan yang lain.

“Masyarakat perlu berubah daripada kebiasaan yang diamalkan iaitu, mereka hanya akan berjumpa personal pergigian apabila mengalami masalah seperti kesakitan dan masalah mengunyah,” katanya.

Munirah berkata demikian semasa merasmikan Pembukaan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Belud 2019 di Kg. Sangkir baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Belud, Mohd. Norazri Fauzi Bin Nurazalleh.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud turut menyeru masyarakat agar menjadikan amalan datang ke klinik gigi sekurang – kurangnya 6 bulan sekali bagi menjalankan pemeriksaan pergigian.

Menurut beliau, ianya membolehkan rawatan awal seperti penskalaan (scaling) dan tampalan gigi dapat diberi lebih awal seterusnya mencegah kehilangan gigi.

“Sesuai dengan objektif penganjuran, program ini dapat menyemai tabiat budaya mulut bersih sejak daripada umur kanak – kanak sehinggalah mereka dewasa dan seterusnya memasuki usia warga emas.

“Sebab itu, saya difahamkan tugas juruterapi pergigian dan pegawai pergigian bukan sahaja berada di klinik pergigian tetapi mereka turut menjalankan ceramah ibu mengandung dan sapuan fluoride bagi kanak – kanak toddlerdi klinik – klinik desa untuk mencegah kerosakan gigi susu seawal usia pertumbuhan gigi berlaku.

“Sehubungan itu, sebagai ibu bapa seharusnya membantu mereka dalam memainkan peranan untuk menyemai tanggung jawab ini supaya masyarakat kita berjaya mengekalkan gigi mereka yang mana merupakan aset terpenting di dalam mulut masing – masing sepanjang hayat,” ujarnya.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan khidmat rawatan pergigian daripada Pegawai Pergigian yang bertauliah bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih teruk akibat daripada rawatan yang dijalankan.

“Ini dilihat daripada kebanyakan kes sekarang seperti pemasangan braces dan rawatan gigi palsu menawarkan perkhidmatan di kedai – kedai, rumah dan kaki lima.

Munirah turut menambah, selain daripada masalah kerosakan pergigian, isu – isu lain seperti tabiat mengunyah sirih dan pinang, merokok dan mengambil minuman alcohol perlu juga dielakkan bagi mencegah penyakit terutamanya kanser mulut.

Turut hadir pada masjlis itu, Pegawai Pergigian Kawasan Kota Belud, Doktor Siti Junaidah Makmud, MPKK, Ketua Kampung Kg Sangkir dan Ketua Kampung Tempasuk. -Oleh ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse