Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Konflik manusia-gajah: Peranan m'rakat setempat penting |  Vizione's unit shortlisted to develop Papar Dam in Sabah |  Blockbuster FA Cup final in store |  Sabah football all out to reach new heights |  Malaysia Autoshow Sabah Oct 19-20 to showcase latest vehicles |  UMS, UNICEF to introduce Communication for Development Sabah programme |  1.4 lizong aiso MyKad sundung tu kiumul hobi 12 toun |  Kusai Pakistan tinaan tu au tuminanud kootulan Imigresen |  Mongindapu koonduan suuon sumimban kumaa pongindopuan digital |  Human-elephant conflict in Sabah: Local community plays crucial role in conservation |  SPSB supports Petronas LNG Ltd in third STS operation |  Value of Tabung Haji's domestic equity rises by RM1.12 bln as of Sept |  AIA launches A-Plus MedCare rider |  M'rakat Murut digalakkan terus terap bahasa ibunda |  Raymond Ahuar buat laporan polis | 
 BM

Wanita Palauh nyaris maut rempuh Myvi

19th September, 2019

Oleh MARLINA MACPEE

LAHAD DATU: Seorang wanita Palauh nyaris maut akibat merempuh sebuah kenderaan Perodua Myvi sewaktu cuba melintas jalan berhampiran kawasan Lampu Isyarat Sri Perdana, Jalan Lahad Datu – Tawau, dekat sini, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor bagaimanapun berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, pejalan kaki berusia 56 tahun itu dilaporkan hanya mengalami sakit badan.

Manakala katanya, pemandu wanita berusia 52 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kenderaan dan seorang pejalan kaki warga Palauh. Apabila kenderaan tiba di lokasi kejadian di sebatang jalan lurus selepas lampu isyarat, tiba-tiba pejalan kaki itu berlari untuk melintas jalan lalu terlanggar kenderaan terbabit.

“Pejalan kaki kemudiannya dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dengan bantuan Ambulan dan dilaporkan selamat dan hanya mengalami sakit badan, manakala pemandu wanita terus hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk membuat laporan,” katanya sambil menambah ketika kejadian cuaca baik dan siasatan diteruskan mengikut Rule 3 (1) LN 166/59.

Terdahulu, satu video berdurasi 18 saat telah tular sejak pagi semalam di laman media sosial yang memaparkan seorang individu terbaring di jalan raya sambil dipangku dua rakannya berhampiran kawasan jalan Lampu Isyarat Sri Perdana, Lahad Datu.

Sementara itu, difahamkan kawasan tersebut sering menjadi tumpuan Komuniti Palauh berkumpul dipercayai untuk meminta sedekah daripada pengguna jalan Raya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse