Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Last male Sumatran Rhino Tam honoured |  Labuan FSA intensifies efforts to attract digital-based financial services |  POIC, Northport in pact for BIMP-EAGA trade |  Kenali pasukan pelaksana MGTS2019 |  Peruntukan besar kepada Kementerian Pendidikan tepat pada masanya: Arifin |  35 guru penasihat sertai Kursus Pertolongan Cemas SJAM Sandakan |  Pekerja kolam ikan ditemukan mati lemas di Ranau |  APMM sita bot nelayan tempatan langgar syarat sah lesen |  Perbadanan Labuan dan Kolej Vokasional jalin kerjasama |  Kraftangan, pelancongan dua sektor saling mengimbangi impak positif kepada negara |  Konflik manusia-gajah di Sabah: Elakkan pembangunan di kawasan sensitif |  Pameran ‘Dirgahayu Tuan Yang Terutama’ dan ‘Tam: Badak Jantan Terakhir’ di Kompleks Muzium Sabah |  Hubungan dua hala Sarawak dan Sabah dipertingkat menerusi k-sama ekonomi |  Tempoh 90 hari cuti bersalin dipanjangkan kepada k-tangan swasta |  41,000 penduduk di DUN Balung berdepan krisis air kritikal | 
 BM

Kelab Lions Mandarin Labuan terima sumbangan projek House Of Love Lions

19th September, 2019

LABUAN: Kelab Lions Mandarin Labuan menerima sumbangan daripada empat buah Kelab Lions untuk projek rumah kebajikan ‘House Of Love Lions’ yang kini hampir siap pembinaannya.

Empat Kelab Lions yang menghulurkan sumbangan itu ialah Kelab Lions Sibu Jaya, Kelab Lions Sibu Dudong, Kelab Lions Sibu Seduan dan Kelab Lions Mandarin Keningau.

Majlis penyerahan sumbangan itu disampaikan oleh Presiden Kelab Lions masing-masing kepada Presiden Kelab Lions Mandarin Labuan, Chin Kin Yin sempena Majlis Perlantikan baharu ahli jawatankuasa Kelab Lions Labuan, Kelab Lions Mandarin Labuan dan Kelab Leo Mandarin Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang diadakan di sini baru-baru ini.

Turut diadakan pada malam itu ialah penyampaian anugerah kepada tujuh ahli Lions Mandarin Labuan yang telah banyak menyumbang dalam menjayakan program dan aktiviti Lions Mandarin Labuan selama ini.

Mereka terdiri daripada Chua Pui Shien (Cetennitial Diamond), PDG Kung Kuok Yiew, Aaron Chieng Kung Lik, Chieng Yu, Radley Chieng Kung Ing, Selina Lim dan William Chong kesemua mereka menerima anugerah Milestone Chevron selepas 15 tahun menjadi ahli Kelab Lions.

Kelab Lions Mandarin Labuan turut menerima dua anggota baharu masing-masing Francis Chong Wei Siong dan Ricky Chia.

Terdahulu, Presiden Kelab Lions Mandari Labuan, Chin Kin Yin dalam ucapannya berkata, pembinaan projek rumah kebajikan ‘House of Love’ yang bernilai RM5 juta kini diperingkat akhir untuk disiapkan.

Beliau berkata projek “House Of Love’ yang terletak di tanah seluas 1.4 hektar di Kampung Layang-Layangan itu mula di bina pada tahun 2012.

Beliau yakin rumah yang berstatus kebajikan itu akan menjadi rumah penjagaan warga emas dan pusat latihan kemahiran kepada golongan orang kurang upaya akan menerima sijil menduduki (OC) daripada pihak berkuasa tempatan (Perbadanan Labuan) dalam waktu terdekat.

Turut memeriahkan majlis itu ialah persembahan Anglong daripada pelajar Pendidikan Khas Integrasi SMK Lajau.

Hadir sama pada majlis tu, Gebenor Daerah 308-A2 Kelab Lion, Dr Gan Kean Siong , Naib Presiden 1, Kelab Lion Mandarin Labuan, Chia Sia Theng, Naib Presiden 2 Kelab Lions Mandarin Labuan, Tan Chee Kiong, Gobenor Daerah Datuk Lawrence Ting dan Penyelaras Kelab Lions Mandarin Labuan, Jessica Lee Chin Pie. -Oleh: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse