Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Sokodungo pinggisoman polinta mamantod ekonomi pogun: Agong |  MASwings kumaa BIMP-EAGA au kakasou kalaja suang pogun id Sabah om Sarawak |  Najib monoodo kotombuhuzan duvo tadau id Sabah |  PISOKODUNGAN MONGINTONG VINASI KAPAPANAAI KOPOMOGIZAN BR1M |  Peniaga rayu masalah bekalan air segera diatasi |  Operasi MASwings ke BIMP-EAGA tidak jejas operasi domestik di Sabah, S'wak: Nor Mohamed |  UMS daftar kakitangan OKU pertama |  Tipu: Bekas pegawai Imigresen dipenjara 12 bulan, satu sebatan |  Dua anggota polis bergelut dengan suspek bunuh cuba lepaskan diri |  Agong seru rakyat sokong usaha kerajaan perkukuh ekonomi negara |  Sabah kini miliki Pusat Rawatan Jantung di HQE II Luyang |  5,306 kes malaria dikesan seluruh negara tahun lalu |  SKMM nasihat pengguna patuhi peraturan guna radio komunikasi |  PASTIKAN PENGAGIHAN BR1M LANCAR: MUSA |  Fergie: April derby will be the cornerstone | 
 BM

Jeffrey belum nyata hasrat sertai semula PBS, kata Pairin

6th November, 2009

KOTA KINABALU: Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang meletak jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lepas, belum me- lahirkan hasrat untuk kembali semula ke dalam Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Presiden PBS Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan.

“Dia belum menghubungi saya atau mana- mana pemimpin mengenai perkara itu,” kata Pairin ketika mengulas peletakan jawatan oleh adiknya sebagai Naib Presiden, ahli Majlis Integrasi Nasional untuk Sabah dan Sarawak serta ahli Majlis Tertinggi (MT) PKR.

“Dia belum membuat ketetapan lagi. Setahu kami, dia masih ahli PKR,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pelabuhan Kontena Teluk Sepangar, dekat sini, kelmarin.

Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, bagaimanapun berkata sekiranya Jeffrey ingin menyertai semula PBS, majlis tertinggi parti akan membuat penilaian terhadap permohonan keahliannya.

Jeffrey melepaskan semua jawatan dalam PKR pada 27 Okt lepas atas alasan tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi parti berkenaan melayan kehendak PKR Sabah sejak 2007.

Dia juga membuat keputusan drastik tersebut kerana tidak puas hati dengan tindakan kepimpinan PKR pusat melantik Ahmad Thamrin Jaini sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah.

Bagaimanapun, Jeffrey masih menjadi ketua bahagian PKR Keningau.

Selain Jeffrey, Christina Liew juga melepas- kan jawatannya sebagai ahli MT PKR tetapi masih memegang jawatan Ketua Bahagian Kota Kina- balu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline