Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Two men in pump boat caught in another blast fishing case |  Double whammy for gatherer |  Safa gets cracking |  Sazarice Group to hold two-day “Have a Rice Day” carnival Sept 21-22 |  Tadau Pahlawan 2019 nakaanjur miampai osindak kinaramaion |  Pingludaan kadaaton id watas Poonsokid kiguno lobi kasaru |  Nilai kemanusiaan dalam era IR4.0 perlu diperkasakan |  New four-storey RM3 million SJK (C) Kin Kiau Kinarut building launched |  Isuzu Malaysia unveils first EEV pick up truck |  Azhar: Get creative, innovative and leap into franchising |  Meruntum Beach clean-up: Local community takes own initiative |  Sebanyak 290 kes hilang kerja di Sandakan |  13 sertai Ekspedisi Headhunter Trails Challengge |  JPN serah 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa kebakaran |  Latihan bencana perlu diadakan lebih kerap, kata Dr Dzulhelmy | 
 BM

Jaringan hatrik Mazlan Osman penyelamat Kimanis Veteran FC

10th September, 2019

PAPAR: Jaringan hatrik dari Mazlan Osman yang diturunkan dalam kesebelasan utama menjadi penyelamat bagi pasukan Kimanis Veteran.

Pemain veteran ini berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan hasil tandukan kemas dari sepakan sudut yang menewaskan penjaga gol Wira Jaya Zaini.

Jaringan ini sekaligus menceriakan Pengurus Pasukan Kimanis Veteran FC Ag. Bakar Ajak apabila pasukan tersebut mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan persahabatan ketika menentang Kelab Wira Jaya yang diketuai oleh pemain berpengaruh Haji Hassan Hj. Mudin di Padang Pekan Papar petang Ahad.

Sementara gol-gol Wirajaya dihasilkan oleh Haji Hassan Hj. Mudin minit ke 35, Imam Saidi minit ke 55 dan Salim Manap minit ke 75 hasil tendangan deras dari jarak 30 meter terus menewaskan penjaga gol Veteran Kimanis Man @ Liau yang juga dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik dalam perlawanan tersebut.

Ag. Bakar Ajak ketika ditemui berkata, aktiviti seumpama ini mampu mengisi masa lapang yang berfaedah selain menjadikan warga veteran khususnya supaya menjadi warga yang sentiasa sihat dan ceria sepanjang masa.

“Selain itu perlawanan ini juga sebagai persiapan pasukan beliau yang kini beraksi dalam Kejohanan Liga di Beaufort”, ujarnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse