Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Two men in pump boat caught in another blast fishing case |  Double whammy for gatherer |  Safa gets cracking |  Sazarice Group to hold two-day “Have a Rice Day” carnival Sept 21-22 |  Tadau Pahlawan 2019 nakaanjur miampai osindak kinaramaion |  Pingludaan kadaaton id watas Poonsokid kiguno lobi kasaru |  Nilai kemanusiaan dalam era IR4.0 perlu diperkasakan |  New four-storey RM3 million SJK (C) Kin Kiau Kinarut building launched |  Isuzu Malaysia unveils first EEV pick up truck |  Azhar: Get creative, innovative and leap into franchising |  Meruntum Beach clean-up: Local community takes own initiative |  Sebanyak 290 kes hilang kerja di Sandakan |  13 sertai Ekspedisi Headhunter Trails Challengge |  JPN serah 54 gantian dokumen pengenalan diri kepada mangsa kebakaran |  Latihan bencana perlu diadakan lebih kerap, kata Dr Dzulhelmy | 
 BM

SMK Elopora muncul juara Pertandingan Kombo peringkat Negeri Sabah

10th September, 2019

RANAU : Kumpulan Kombo dari SMK. Elopora yang mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, muncul juara Pertandingan Kombo Sekolah Menengah peringkat Negeri Sabah di Dewan SMK.Mat Salleh di sini baru-baru ini.

Kumpulan itu yang mendendangkan rentak lagu ‘Ecautez Intro’ diketuai adik Reonard Richard menampilkan adik Feli Stacy Paimin sebagai penyanyi solonya mendendangkan lagu ‘I Love You’ dibawah pimpinan Cikgu Wong Shung Shung meraih 80.9 markah, akan mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan di Melaka pada 17-19 September ini.

Naib Johan disandang oleh kumpulan dari SMK.Mat Salleh menampikan 11 orang peserta mewakili PPD Ranau meraih 70 markah menerusi lagu ‘Tak Mungkin’ dan Instumental ‘Harta Karun’, disusuli kumpulan dari Tambunan yang diwakili SM.St.Martin diketuai adik Darrel Bravo John dan Penyanyi solonya Delbert Connan meraih 69 mata menduduki tempat Ketiga mengetepikan empat kumpulan lain mengambil bahagian mewakili PPD Tawau, PPD Kudat, PPD Kota Marudu dan PPD Kunak.

Majlis penangguhan pertandingan itu, telah disempurnakan Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin dan dihadiri Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr.Mistirine Radin, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Siti Hamni Binti Hashim, Pengetua Cemerlang SMK.Mat Salleh, Majus Munsing, Pengerusi Majlis Guru Besar (MGB) Ranau, Asmail Gakau, Pengerusi Persatuan Sekolah Menengah Sabah (PPSMS) Pengetua Daerah Ranau, Jamirin Sahamin dan guru-guru mewakili Pejabat Pendidikan Daerah yang mengambil bahagian.

Jonathan dalam ucapannya, memuji JPNS kerana berjaya menganjurkan program itu yang melibatkan 7 PPD di Sabah, sebagai satu inisiatif memilih kumpulan Kombo sekolah menengah yang bakal mewakili negeri Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Beliau mengharapkan menerusi pertandingan seumpama itu akan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti Muzik yang dijalankan di peringkat sekolah yang memerlukan penglibatan masyarakat, bagi melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjurus kepada Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual (JERI).

Menurutnya, setiap pelajar pastinya mempunyai bakat dan kemahiran tertentu mengikut minat masing masing dan harus dicungkil dan digilap untuk diketengahkan agar pelajar lebih bersemangat serta yakin diri.

“Penyertaan pelajar dari pelbagai kaum dalam program ini akan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum bukan sahaja di Sabah malah seluruh Malaysia.

“Pertandingan Kombo seperti ini, adalah penyertaan kumpulan yang kecil ahli muzik yang memainkan pelbagai jenis alat muzik secara berkumpulan, namun boleh digilap dan diberikan dorongan serta sokongan agar mereka boleh memainkan peranan kepada kumpulan yang lebih besar apabila dewasa yang boleh memberi pulangan yang lebih lumayan kepada mereka yang terlibat secara serius”, jelas Jonathan sambil menyifatkan ‘Dunia Akan Sunyi, Tanpa Seni Muzik’.

Beliau juga mengharapkan kumpulan yang bakal mewakili negeri, supaya memberikan persembahan yang terbaik di peringkat kebangsaan bagi mengharumkan nama baik negeri Sabah.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan terhadap program-program yang memberikan impak yang positif dan mampu mencapai kemanjadian murid,” tambah Jonathan.

Terdahulu, Mistrine dalam ucapannya yang disampaikan Siti Hamni, menyifatkan pertandingan Kombo itu sebagai sangat signifikan dengan keperluan murid-murid pada masa kini.

Menurutnya, muzik amat sesuai sebagai pilihan aktiviti Kokurikulum di sekolah terutama dalam mengekang gejala sosial khususnya dalam kalangan generasi muda dan tidak dapat dinafikan muzik mampu membentuk kualiti dan sahsiah murid.

“Muzik merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialis, estetika dan etika berfungsi sebagai penggerak minda murid untuk berfikir dengan lebih jitu dan padu ke arah peningkatan diri,” jelasnya.

Mistirine menyifatkan penglibatan murid dalam bidang muzik juga memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi dan fenomena itu merupakan satu motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha menjadi warganegara yang berkualiti melalui penguasaan ilmu dan kemahiran berkomunikasi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse