Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Celcom, Health Digital Technologies inks memorandum to further explore DoctorOnCall’s potential |  Sabah Prisons settle for joint third |  300 muay thai fighters gunning for glory |  Mahathir says will try to establish non-partisan national administration |  Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua |  STPM Labuan nokoposurat 100 pihatus kinapaason |  Misi koduvo Wuhan nakahantoi pinopoimbuhai pisokodungan |  Tuu mianak nosoob id kotutudan id Membakut |  Pupils from Nabawan to represent Malaysia in World Cup Dance competition in Rome |  UMS pushing for total ban on single-use plastics |  Merchantrade money gets approval to increase e-wallet limit to RM20,000 |  Pacific Rim featured in publication on Indonesia’s strategy to accelerate nickel supply |  MDV to offer RM450 mln financing to tech firms this year |  Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya |  Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman | 
 BM

Suspek kes rogol dan samun berjaya ditangkap

29th August, 2019

Oleh: ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Suspek lelaki kes rogol dan samun seorang suri rumah di kawasan rumah setinggan bukit, Batu 2 setengah berjaya ditangkap oleh Polis Sandakan pada 21 Ogos lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Mohd Hamin, suspek warga asing 38 tahun itu bertindak merogol dan menyamun barang kemas milik mangsa bernilai RM250 berpunca daripada dendam lama.

Azhar berkata, suspek berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam di tepi jalan perumahan Nassalim, Jalan Utara Sandakan dan turut dijumpai sebilah samurai yang digunakan untuk menjalankan kegiatan tersebut.

“Mangsa suri rumah itu berumur 20-an dan modus operandi suspek bergerak sendirian dengan berjalan kaki, masuk ke dalam rumah mangsa melalui dapur seterusnya mengacuhkan senjata kearah mangsa dan seterusnya merogol mangsa.

“Dan puncanya sebab salah faham sahaja”, kata Azhar kepada pemberita pada Sidang Media di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Balai Polis Sandakan pada Rabu

Jelas beliau, suspek yang positif dadah jenis syabu tidak mempunyai kesalahan lampau, kini dalam siasatan polis dan telah direman hingga 30 Ogos.

   
Email Print