Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

KK bandar raya bersih, bebas sampah tahun 2025

26th August, 2019

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meletakkan matlamat untuk memastikan Kota Kinabalu menjadi sebuah bandar raya terbersih dan bebas daripada sampah sarap menjelang 2025.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Arifin Asgali yang bertanggungjawab kepada DBKK berkata ia adalah seiring dengan manifestasi kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri bersih, sihat dan bebas sampah memandangkan negeri ini sering menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Industri pelancongan adalah satu daripada sumber utama ekonomi Sabah. Namun, kita berdepan cabaran besar dalam usaha memelihara dan memperbaiki lagi aset yang menjadi tarikan pelancong kerana isu pembuangan sampah di merata tempat masih berleluasa di bandar raya ini seperti di pantai dan tapak berniaga.

“Dalam sehari, DBKK menguruskan lebih 800 tan sampah sarap di Tapak Pelupusan Sampah Kayu Madang, yang mana 500 tan daripadanya adalah janaan sampah di Kota Kinabalu. Kawasan kotor, tidak teratur dan pemandangan tidak menarik sudah tentu menjejaskan industri pelancongan, apatah lagi Kota Kinabalu adalah pintu masuk utama ke Sabah.

“Justeru, adalah penting untuk terus meningkatkan lagi tahap kebersihan di bandar raya ini,” katanya ketika melancarkan inisiatif ‘KK Bersih’ sempena ‘KK Moving Forward’ yang turut dihadiri Datuk Bandar DBKK Datuk Nordin Siman di sini, kelmarin.

Bercakap kepada pemberita, Arifin berkata inisiatif ‘KK Bersih’ adalah langkah permulaan mencapai matlamat memastikan Kota Kinabalu tanpa sampah dengan pelbagai aktiviti direncanakan ke arah meningkatkan lagi kesedaran penduduk setempat terhadap pentingnya menjaga persekitaran bandar raya tersebut.

“Apa yang penting sekarang adalah memastikan kebersihan persekitaran perlu dijadikan sebagai tabiat dan bukan hanya program semata-mata supaya kita semua boleh mengamalkan hidup bersih serta sihat dan ia bermula daripada diri kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah DBKK Noorliza Awang Alip berkata DBKK sedang menyediakan modul menerusi inisiatif ‘KK Bersih’ antara lain menggalakkan penggunaan semula dan kitar semula bahan buangan selain meninjau sistem pelupusan sampah di kawasan kampung dan pinggiran Kota Kinabalu.

Ia turut memberi fokus kepada masalah pembuangan sampah sarap di atas air dan penempatan setinggan di sekitar Kota Kinabalu dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, katanya.

   
Email Print