Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Akhbar mampu kekang berita palsu: Lee

19th August, 2019

KUALA LUMPUR: Biarpun media baharu dikatakan menguasai generasi pembaca masa kini, akhbar sebagai media arus perdana mampu berperanan dalam menangani ancaman berita palsu.

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata kesahihan dan fakta daripada sumber tulen membuatkan akhbar atau media cetak yang wujud sekian lama, masih relevan untuk dibeli dan dibaca oleh masyarakat umum.

“Sekarang ramai orang mendapatkan berita melalui online menggunakan telefon bimbit atau peranti sedangkan mereka tidak pasti sebenarnya banyak kes yang dilaporkan tidak benar dan palsu.

“Malah ada beberapa portal yang menukarkan isi kandungan berita mereka setiap beberapa jam setelah mendapatkan semula fakta sebenar,” katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.

Semalam, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang membuat gesaan kepada rakyat Malaysia untuk terus membeli dan membaca akhbar sebagai tanda sokongan serta manifestasi membalas jasa yang begitu besar dimainkan akhbar dalam pembangunan rakyat dan negara.

Ketika berucap pada jamuan sempena sambutan ulang tahun ke-45 Kesatuan Pekerja-Pekerja Bernama di sini, malam kelmarin, Azman berkata usaha membeli akhbar bernilai sekitar RM1 dan RM1.50 dapat menyuntik semangat baharu kepada pekerja akhbar untuk terus berkhidmat selain memperbaiki kandungan masing-masing.

Sementara itu, Lee yang juga Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkata akhbar juga boleh dijadikan dokumen rasmi untuk disimpan dan dijadikan bukti penting, tidak seperti maklumat dalam talian yang senang diubah dan dimusnahkan.

“Akhbar merupakan antara catatan sejarah yang berharga sehingga ia menjadi koleksi bagi sesetengah pihak untuk disimpan dan dirujuk semula,” katanya.

Dalam pada itu, Lee menggalakkan institusi pengajian tinggi dan sekolah melanggan akhbar bagi meningkatkan penguasaan bahasa dan kemahiran tatabahasa dalam kalangan pelajar.

Langkah itu, beliau berkata dapat meningkatkan ilmu pengetahuan am dan isu semasa dalam kalangan pendidik dan pelajar. – Bernama

   
Email Print