Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Program berbentuk Integrasi Ilmu beri pengalaman baharu pada peserta

14th August, 2019

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon Ming Fung menyambut baik program yang berbentuk Integrasi Kembara Ilmu kerana memberikan peluang kepada pesertanya mendapat pengalaman baharu selain memperoleh ilmu pengetahuan.

Beliau berkata, program murni sedemikian wajar dicontohi dan diikuti semua badan NGO kerana mencari ilmu sangat penting yang sentiasa diperlukan dalam kehidupan seharian.

Katanya, manfaat daripada program apabila para peserta dapat memupuk semangat setia kawan sekaligus bersuai kenal demi kesejahteraan bersama.

“Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa jauh perjalanan luas pandangan dan bertitik tolak daripada itu, saya berharap peserta semua bukan sahaja mengambil kesempatan ini kerana dapat melihat kecantikan dan keindahan yang terdapat tetapi juga menjadikannya sebagai input terbaik,”

“Ini adalah kerana sepanjang lawatan anda semua pelbagai tempat persinggahan yang menarik dapat dikunjungi namun asasnya peluang untuk para peserta mengutip ilmu dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan khususnya di Sandakan nanti,” jelasnya.

Frankie berucap merasmikan Program Integrasi Kembara Ilmu Sulaman Kasih Gabungan 4 KRT Sandakan ke KRT Labuan di The Piazza, Harbour Mall Sandakan, dekat sini, kelmarin.

Pada program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Papat ini melakukan gimik perasmian dengan melepaskan seramai 42 ahli-ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sandakan daripada empat gabungan KRT.

Program lawatan selama 4 hari dan tiga malam itu, diketuai oleh Sukri Suradi merupakan Pengerusi KRT Taman Kam Jai Yen selaku Pengerusi Pelaksana Program.

Perjalanan rombongan daripada empat gabungan KRT ini akan mengadakan persinggahan di Kundasang dan bermalam di pekan berkenaan.

Semasa di Kundasang, mereka akan melawat Tugu dan Ladang Lembu selain pengisian sesi suai kenal dan permainan telefon buruk seterusnya rombongan juga akan melawat keindahan Pesta Lampu Kundasang sebelum meneruskan perjalanan ke Wilayah Persekutuan Labuan pada keesokan paginya.

Di Labuan, rombongan akan melawat tapak Pertanian, Perbadanan Labuan, Muzium Marine dan KRT Labuan.

Mengulas lanjut, Frankie berpesan kepada semua peserta agar menjadikan pengalaman ini dengan memanfaatkan sepenuhnya selain

membantu mempromosikan tempat-tempat menarik untuk dilawati kerana Sabah khususnya sangat kaya dengan keunikan pelbagai pelancongan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse