Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Wujudkan kawasan merokok di kawasan bandaraya masih dalam perbincangan: Arifin

14th August, 2019

OLEH NOOR ZAFIRA SHAFIE

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali berkata usaha dalam mewujudkan kawasan merokok di kawasan bandaraya masih dalam perbincangan.

“Bagi tempat larangan merokok ini, kita akan berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan dan meneliti sebaiknya tentang keperluan bagi menyediakan tempat untuk perokok merokok.

“Hal ini kerana jika kita tengok negara Singapura, walaupun ia merupakan sebuah negara yang tegas dalam perihal undang-undang, namun mereka masih menyediakan kawasan khas bagi perokok untuk merokok,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Majlis Ibadah Korban Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 1440H di sini kelmarin.

Sebanyak sembilan ekor lembu dikorbankan dalam majlis tersebut dan diagihkan kepada hampir 400 penerima terdiri daripada kakitangan DBKK dan penduduk asnaf di kawasan Karambunai dan Api-Api.

Hadir sama, Mayor Datuk Nordin Siman dan Menteri Belia dan Sukan Ginger Phoong Jin Zhe.

   
Email Print
   
 
 
E-browse