Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Man gets 25 years’ jail, 15 lashes for raping daughter, 12 |  Safa using SAGA to hunt for hidden talents |  Crucial tie for Tambadau |  PHKS targets RM400,000 at annual fundraising Charity Bazaar |  Gear up for Malaysia Autoshow 2019 in Sabah |  KUD Zon Sabah kosiwatan kumaa mongungusaha labus kakadayan |  Kusai nopujulan kiniopon kikotumbazaan duminuso sondii |  Sada ginakom momoguno bom nagamu id Pasar Safma |  3,000 jobs up for grabs at 2nd Sabah Career Roadshow |  Wuyi University students,lecturers arrive in Sabah to attend UMS training course |  Gravity water system for Kg Bokilong residents |  Matrade eyes higher halal exports to Japan |  Oldtown White Coffee set to expand into petrol retail |  Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri ditubuh penuhi janji kepada rakyat |  28 kapal layar antarabangsa berlabuh di Lahad Datu | 
 EDUCATION

100 murid, guru sertai Program Kem Bina Juara

14th August, 2019

LABUAN : Seramai 100 murid dan 19 guru dari seluruh sekolah rendah di pulau ini telah menjayakan Kem Bina Juara 2019 (KBJ) peringkat Labuan di Pusat Kor, Jabatan Pendidikan Labuan yang diadakan baru- baru ini.

Menurut Penolong Pengarah Perancangan dan Pembangunan Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Labuan yang juga Penyelaras Program, Ustazah Sitti Rahimah Yusuppu, program selama tiga hari itu dihadiri oleh murid-murid yang berpotensi dalam bidang al-Quran, Khat dan Bahasa Arab.

“Murid murid yang terlibat dibahagikan kepada tiga kumpulan dan telah dibimbing oleh fasalitator yang berkemahiran dalam bidang masing-masing dua daripadanya merupakan fasilatator jemputan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan,” katanya dalam satu kenyataan media disini kelmarin.

Sementara itu, adik Muhammad Aisy Hafiy Khairullah Harma Hazizi dari SK Sungai Bedaun di pilih sebagai peserta lelaki terbaik bagi modul Tahsin dan Tarannum.

Manakala peserta terbaik bagi kategori perempuan dimenangi oleh Puteri Nurbuhairah Norazzlan dari SK Bebuloh dibawah pimpinan Ustaz Nawawi Ejal dan Ustazz Firdaus Yahaya.

Bagi Modul Bahasa Arab (Hiwar) pula peserta terbaik lelaki diberikan kepada adik Muhammad Ammar Afi Bin Azlan dari SK Pantai, manakala peserta terbaik perempuan pula diberikan kepada Anis Hamraa Hazimah Taufik dari SK Kerupang.

Sitti Rahimmah berharap semoga input yang diperolehi oleh peserta melalui kem ini dapat meningkatkan keyakinan diri untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan lain di sekolah, samada dalam bidang Tarannum, Khat atau Hiwar Bahasa Arab.

Antara yang turut hadir pada majlis itu, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Labuan, Ustaz Mohd Syahir Mohd Yusof dan Penolong Pengarah Pembangunan Arab dam Nilai Jabatan Pendidikan Labuan, Ustaz Sahrum Samlan.-Oleh Jainudin Djimin

   
Email Print
   
 
 
E-browse