Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 ECO

Bacaan IPU lima kawasan di Sabah sederhana

14th August, 2019

KOTA KINABALU: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di lima kawasan di Sabah iaitu Sandakan, Kota Kinabalu, Kimanis dan Keningau dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan berada pada tahap sederhana petang ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Sandakan 55, Kimanis (56), Keningau (58), Kota Kinabalu (60) dan WP Labuan 69.

Sementara di daerah Tawau berada pada tahap baik iaitu 50. Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri, Sarawak terus merekodkan kualiti udara berbahaya, setakat 12 tengah hari kelmarin.

Mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU 344 dicatatkan di stesen pengawasan udara yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

Manakala bacaan IPU yang direkodkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2, Miri menunjukkan peningkatan kualiti udara kepada 297 (tahap sangat tidak sihat) berbanding 419 pada 5 pagi tadi.

Kualiti udara di Sri Aman pula mencatatkan bacaan IPU antara 101-200 pada tahap tidak sihat, sementara di Sibu pula mencatatkan peningkatan ke tahap sederhana dengan bacaan IPU antara 51-100, dari jam 4 pagi hingga 12 tengah hari.

Data keseluruhan menunjukkan keadaan semasa jerebu di seluruh Malaysia merekodkan 64 kawasan berada pada tahap sederhana, serta masing-masing satu kawasan berada pada tahap tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http:// apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse