Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Celcom, Health Digital Technologies inks memorandum to further explore DoctorOnCall’s potential |  Sabah Prisons settle for joint third |  300 muay thai fighters gunning for glory |  Mahathir says will try to establish non-partisan national administration |  Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua |  STPM Labuan nokoposurat 100 pihatus kinapaason |  Misi koduvo Wuhan nakahantoi pinopoimbuhai pisokodungan |  Tuu mianak nosoob id kotutudan id Membakut |  Pupils from Nabawan to represent Malaysia in World Cup Dance competition in Rome |  UMS pushing for total ban on single-use plastics |  Merchantrade money gets approval to increase e-wallet limit to RM20,000 |  Pacific Rim featured in publication on Indonesia’s strategy to accelerate nickel supply |  MDV to offer RM450 mln financing to tech firms this year |  Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya |  Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman | 
 BM

Papan tanda Karnival e-Padaidi Bugis disaran diturunkan

14th August, 2019

TAWAU: Papan tanda penganjuran Karnival e-Padaidi Bugis (KAReBA) yang masih terdapat di daerah ini disaran supaya diturunkan segera demi menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Tawau.

Mantan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata, ini kerana beliau menerima banyak keluhan masyarakat berhubung karnival itu dan berkaitan papan tanda yang masih belum diturunkan.

”Tawau ini didiami oleh masyarakat berbilang kaum dan setiap tahun kita ada Festival Kebudayaan Tawau yang memaparkan keunikan budaya setiap kaum.

”Justeru, tidak perlu lagi rasanya ada satu program yang bersifat perkauman kerana ia mungkin boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian penduduk berbilang kaum yang sedia terjalin,” katanya.

Dalam kenyataannya yang dihantar kepada media, Ghapur juga berharap para pemimpin setempat agar lebih sensitif kerana tindakan mengutamakan kaum tertentu hanya akan membuatkan masyarakat dari kaum-kaum lain berasa terguris dan tidak berkeyakinan dengan kepimpinan mereka.

   
Email Print