Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
PBS minta pemimpin DAP Sabah tidak politikkan ESSCOM |  Sonsogon Magandai does not mire unnoticed |  KKIFF looks to push filmmaking beyond just being a hobby |  Mohd Saiful withdraws suit over sodomy case against Anwar |  MAS begins 20,000 employee layoffs |  Duo injured in van-jeep collision |  Highlight more cultural activities of KDM, Kaamatan Festival organisers told |  PBS asks DAP Sabah leaders not to politicise ESSCom |  UTM gets RM3 mil grant from Japanese firm |  Innovation to be key economic driver |  NAJIB OUTLINES FIVE GOVT PHILOSOPHIES |  Chef-de-Mission: Nazmi should be sent back |  M’sian media allowed to cover training sessions - CDM |  Musa: Continuous support for SAGA |  Bank Islam eyes fund size of RM2 billion for newly launched investment accounts | 
 BM

Pakaian tradisional diperbuat daripada bahan asli

1110-ma24
PAKAIAN tradisi oleh 'bobolian' dari suku kaum Dusun dari daerah Ranau.

11th October, 2009

KEBANYAKAN pakaian tradisional yang dipakai oleh masyarakat Sabah diperbuat daripada bahan asli. Pakaian-pakaian ini biasanya berwarna gelap atau berwarna hitam dan biasanya dihiasi dengan sulaman dan hiasan tepi yang banyak. Ciri-ciri pakaian masyarakat asli yang sangat ketara ialah penggunaan tanjak yang dibuat daripada sehelai kain dastar yang berukuran tiga kaki.

Bagi suku kaum Kadazandusun, warna hitam adalah warna asas tekstil yang digunakan untuk membuat pelbagai bahan pakaian untuk lelaki dan wanita. Bagaimana pun, hari ini kebanyakan pakaian ini banyak dihiasi dengan sulaman yang berwarna-warni, labuci yang berkilat serta hiasan tepi daripada benang emas yang diimport.

Kesemua ini dipakai dengan tali pinggang duit syiling perak, rotan atau hiasan pinggang yang dibuat daripada manik, kalung manik serta hiasan perak dan lain-lain. Kaum wanita suku kaum Rungus, Dusun Tindal dan Dusun Lotud serta wanita Kadazan dari Papar adalah jelas kelihatan warna-warni dan bentuk berbeza.

Setiap pakaian yang dipakai oleh mereka ini mempunyai bentuk, corak dan motif yang berbeza yang menjadi ciri kaum di daerah masing-masing.

Persamaan dalam segi cara dan bentuk pakaian nyata kelihatan khususnya pakaian lelaki Kadazandusun dan Bajau yang tinggal berjiran. Keadaan ini jelas kelihatan di kalangan kalangan Dusun Lotod dan Bajau di Tuaran dan Dusun Tindal dan Bajau di Kota Belud. Lelaki dan wanita Bajau memakai baju berlengan serupa seperti pakaian kain sarung yang mana dahulunya ditenun dengan tangan. Sarung tenunan tangan itu kini telah diganti dengan kain songket yang lebih mudah diperolehi.

Pakaian-pakaian ini pada zamannya dihiasi dengan berenika jenis hiasan yang terdiri daripada barang-barang kemas perak dan manik, hiasan diri dari perak dan tembaga, tali pinggang, tanjak barang-barang terendak serta selendang.

Dalam pembuatan tekstil tenunan tangan pula, ia tidak meluas dilakukan di Sabah. Hanya beberapa kumpulan asli tertentu sahaja di kalangan kaum yang masih menghasilkan cara tradisional dengan menggunakan mesin tenunan lama dan lungsin.

Masyarakat asli secara tradisi menenun gentian asli seperti pisang lanut (musa textiles), lamba (Curculigo latifolia) dan kapas (Gossypium herbaceum) dengan menggunakan tenun lama untuk dijadikan kain yang kemudiannya diwarnakan dengan nila (indigofera tinetoria) untuk mendapatkan warna biru tua.

Warna ini adalah warna kegemaran kerana kemungkinan nila mudah diperolehi dan tidak mudah luntur. Warna ini juga sesuai kerana kotoran tidak mudah kelihatan. Bagi menghiasi pakaian lelaki dan wanita pada masa lalu, batu akik merah, manik manik kaca berwarna, kulit daripada cengkerang dan tembaga adalah penghias utama kepada pakaian-pakaian terbabit.

Bagaimana pun pada hari ini, kebanyakan hiasan-hiasan ini diganti dengan manik-manik plastik dan bahan moden yang lain seperti benang emas, dan perak labuci dan benang berwarna.

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai pakaian-pakaian tradisional yang dirancanakan ini, para pembaca boleh datang ke galeri pameran pakaian tradisi di Muzium Sabah, dimana semua pakaian-pakaian tradisi yang dipakai oleh masyarakat Sabah ada dipamerkan di situ.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline