Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

M’rakat Bugis disaran jalin kolaborasi lebih kukuh, kata Ketua Menteri

29th July, 2019

TAWAU: Masyarakat Bugis di Sabah disaran menjalin kolaborasi yang lebih kukuh serta berpotensi ke arah membentuk satu usahasama yang lebih besar demi kejayaan negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penganjuran majlis yang melibatkan pelbagai persatuan dalam kalangan masyarakat Bugis cukup penting dan signifikan untuk pembangunan keusahawanan dan perniagaan.

Pada masa sama katanya, perkara itu tentunya akan dapat mengeratkan lagi ukhwah dan ikatan silaturahim sesama persatuan-persatuan Bugis yang terdapat di negeri ini.

“Penganjuran majlis juga merupakan satu wadah penting bagi kita semua untuk mewujudkan kerjasama yang utuh lagi mantap dalam kalangan seluruh ahli,”katanya pada Majlis Perasmian Karnival e-Padaidi Bugis Sabah (KAReBa).

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Jaujan Sambakong di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT) di sini malam kelmarin.

Katanya, semangat kerjasama sewajarnya diterapkan antara persatuan dan ahli kerana mampu memupuk sikap saling membantu dalam kalangan masyarakat Bugis bukan sahaja di daerah ini bahkan juga di seluruh Sabah amnya.

“Saya menyeru kepada Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah (DPIBS) serta badan bukan kerajaan (Ngo) yang terlibat agar menerajui pembangunan keusahawanan dan perniagaan masyarakat Bugis di Sabah,” katanya lagi.

Shafie berkata, program khusus bagi melahirkan lebih ramai usahawan Bugis yang berjaya juga perlu digerakkan secara sistematik dan berterusan sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

“Sesungguhnya Kerajaan Sabah sentiasa mengalu-alukan inisiatif program yang dianjurkan secara konsisten untuk pembangunan keusahawanan dan perniagaan di Sabah,” ujarnya.

Turur hadir pada majlis itu pemimpin negeri dan tempatan serta Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Datuk Ir.Amrullah Kamal dan Pengerusi KAReBa 2019 merangkap Presiden DPIBS, Mohd Manuke. -Oleh NAZRINI BADARUN

   
Email Print