Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas

Ldu_syabu_22072019

23rd July, 2019

LAHAD DATU : Polis menahan seorang lelaki warga asing dan merampas dipercayai dadah jenis Syabu seberat 12.86 gram dengan nilai anggaran RM1,929 ,di sebuah ladang sawit di jalan Lahad Datu – Tungku, dekat sini, pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah ini, ACP Nasri Mansor berkata, bertindak hasil maklumat risikan suspek yang berusia 40-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang oleh sepasukan anggota polis dari Strike Team Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

“Sewaktu menjalankan risikan dilokasi tersebut, pasukan kita telah menahan suspek yang dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah rumah tidak bernombor.

“Namun, apabila pasukan kita memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa (polis) kepada suspek, lelaki itu telah bertindak agresif dengan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditahan.

“Pemeriksaan ke atas beg silang yang dipakai suspek telah menjumpai satu kotak pensel warna merah bertulis ‘Honey Bear’ dan di dalamnya terdapat dua paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah syabu seberat 12.86 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Susulan itu kata Nasri, suspek dan barang rampasan di bawa balik ke IPD Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan awal air kencing juga mendapati suspek yang juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu turut positif Methapethamine.

“Berikutan itu kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi. -Oleh MARLINA MACPEE

   
Email Print
   
 
 
E-browse