Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Wisma Kastam Labuan berwajah baharu

230719-kastam-4a
RASMI .… Guang Eng bersama Paddy memotong reben tanda simbolik perasmian menaik taraf Wisma Kastam Labuan sambil diperhatikan oleh Rozman (tengah).

23rd July, 2019

LABUAN: Wisma Kastam Wilayah Persekutuan Labuan yang beroperasi sejak zaman merdeka kini berubah wajah apabila kerajaan meluluskan peruntukan keseluruhan RM2.4 juta bagi kerja-kerja menaik taraf.

Peruntukan itu untuk menaik taraf aras bawah dan aras satu bangunan itu termasuk perumahan kakitangan Kastam yang telahpun siap sepenuhnya pada Jun tahun ini.

Majlis perasmian menaiktaraf bangunan perkastaman itu disempurnakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guang Eng sempena lawatan kerja sehari beliau ke Labuan, petang Ahad.

Ketika berucap pada majlis itu, Guang Eng mengakui Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) telah memainkan peranan penting dalam pengutipan hasil untuk kerajaan sekaligus membantu perkhidmatan awam dan operasi kerajaan berjalan lancar.

“Menyedari hakikat ini, kerajaan mengambil berat terhadap kemampuan dan keperluan JKDM dalam melaksanakan tugas dengan lebih efisien, profesional dan bersih dan usaha itu tidak akan dapat dicapai sekiranya tahap keselesaan pegawai yang menjalankan tugas tidak dititikberatkan” katanya.

Justeru itu, beliau berharap dengan penaiktarafan Wisma Kastam yang dilaksanakan sendiri oleh JKDM dapat memberi keselesaan dan semangat yang tinggi kepada seluruh warga Kastam Labuan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai organisasi pemungut cukai negara dan seterusnya mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan dan kualiti kerja.

“Saya juga menyarankan agar seluruh warga Kastam Labuan melaksanakan penyampaian pelanggan yang mesra dengan mengutamakan budaya kecemerlangan budi pekerti bukan sahaja mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni malah akan menzahirkan hubungan akrab antara penjawat awam dengan pelanggan” katanya Hadir sama, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Seri Paddy Abdul Halim dan Ketua Pengarah Labuan FSA, Danail Mah.

Terdahulu sebelum itu Guan Eng bersama Rozman dan Paddy telah meninjau bangunan Kuaters Kastam di Kampung Jawa yang telah dinaik taraf, selain mengadakan perjumpaan tertutup dengan Labuan FSA.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan dewan-dewan perniagaan dan komuniti peniaga Labuan yang diadakan sempena Majlis Makan Malam anjuran JKDM dan Labuan FSA di restoran Fisherman Wharf. -Oleh: JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print
   
 
 
E-browse