Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Man gets 25 years’ jail, 15 lashes for raping daughter, 12 |  Safa using SAGA to hunt for hidden talents |  Crucial tie for Tambadau |  PHKS targets RM400,000 at annual fundraising Charity Bazaar |  Gear up for Malaysia Autoshow 2019 in Sabah |  KUD Zon Sabah kosiwatan kumaa mongungusaha labus kakadayan |  Kusai nopujulan kiniopon kikotumbazaan duminuso sondii |  Sada ginakom momoguno bom nagamu id Pasar Safma |  3,000 jobs up for grabs at 2nd Sabah Career Roadshow |  Wuyi University students,lecturers arrive in Sabah to attend UMS training course |  Gravity water system for Kg Bokilong residents |  Matrade eyes higher halal exports to Japan |  Oldtown White Coffee set to expand into petrol retail |  Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri ditubuh penuhi janji kepada rakyat |  28 kapal layar antarabangsa berlabuh di Lahad Datu | 
 BM

Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid

230719-lead-2b
UNTUK ALBUM ... Ab Rashid (tengah) bersama jawatankuasa ERC yang lain bergambar kenangan dengan para peserta terdiri dari agensi kerajaan, NGO serta badan mewakili parti-parti politik sejurus selesainya forum.

23rd July, 2019

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Pengerusi Jawatankuasa Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC), Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman berkata penganjuran Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaatkan semua pihak kerana forum yang diadakan memberikan ilmu pengetahuan berguna berhubung sistem dan undang-undang pilihan raya sedia ada.

Beliau berkata, amat merugikan mereka yang tidak datang untuk mengambil bahagian kerana antara objektif utama penubuhan ERC ini adalah berkaitan kajian memastikan pilihanraya yang dilaksanakan di masa-masa akan datang berwibawa serta mendapat kepercayaan awam.

Katanya, ERC ditubuhkan pada Ogos 2018 dan diberikan tempoh selama dua tahun bagi mengemukakan sebuah laporan yang mengandungi cadangan-cadangan reformasi pilihanraya.

Jelasnya, cadangan akan mengandungi rekomendasi tentang sistem, proses dan pindaan kepada undang-undang pilihanraya yang mana dalam menjalankan kajiannya pihak ERC berpandukan kepada terma rujukan.

”Program Libat Urus Terbuka ini sangat penting untuk diikuti kerana banyak ilmu pengetahuan yang boleh dikongsi bersama berkenaan hal-hal yang saya maksudkan tadi.

”Mereka yang tidak datang tentu rugi kerana program sebegini membantu kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang soal pengurusan yang diterima pakai termasuklah berhubung peranan dan fungsi ERC ini,” ujarnya.

Beliau berkata, para peserta bebas menyuarakan pendapat masing-masing semasa dialog diadakan kerana apa yang penting di sini ialah kebebasan ke arah pilihan raya yang telus sekaligus memacu pembangunan negara.

Ab Rashid berkata demikian ketika berucap pada Program Libat Urus Terbuka (Sandakan) di Dewan Masyarakat, dekat sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau menambah bahawa pada ketika ini ERC sedang proses mengadakan sesi libat urus di seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan rakyat secara terus berkaitan urusan pilihanraya di Malaysia.

Setakat ini, katanya beberapa sesi libat urus telah pun diadakan dan pihak ERC turut bercadang mengadakan sesi- sesi pertemuan secara khusus dengan kumpulan sasar seperti parti-parti politik, golongan orang kurang upaya dan sebagainya.

Dalam program itu, taklimat berkaitan pengurusan libat urus disampaikan oleh Ketua Eksekutif ERC Amenul Muner Mohammad dan sesi dialog terbuka juga turut diadakan bagi memberikan peluang kepada peserta bertanya dan mengemukakan pandangan mahu cadangan bernas..

   
Email Print
   
 
 
E-browse