Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 EDUCATION

FPSK UMS serah semula Blok Klinikal HQE

19th July, 2019

KOTA KINABALU – Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyerahkan semula blok klinikal Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada satu majlis penyerahan ringkas yang berlangsung di hospital itu, kelmarin.

Penyerahan tersebut disampaikan oleh Dekan FPSK, Profesor Dr. Mohammad Safree Jeffree kepada Pengarah HQE, Dr. William Gotulis.

Profesor Dr. Safree dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada pihak HQE dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yang banyak membantu khususnya dalam menempatkan pelajar perubatan UMS di hospital tersebut.

“Sebagai menghargai segala sumbangan dan bantuan pihak HQE selama ini, UMS menawarkan segala fasiliti yang ada di UMS untuk digunakan oleh para pakar dan kakitangan HQE pada masa akan datang secara percuma.

“Selain itu, saya juga telah bebincang dengan Dr. Helen (Ketua Pegawai Eksekutif Hospital UMS) untuk melihat ruang penempatan pakar dari HUMS sekiranya terdapat kekurangan doktor di HQE,” ujarnya.

Sementara itu, Dr. William turut mengucapkan penghargaan atas kerjasama baik yang diberikan oleh UMS selama ini.

“Pihak kami akan meneliti semula keadaan blok klinikal ini dan ada kemungkinan kita akan gunakan ia sebagai ruang kerja tambahan untuk kakitangan,” jelasnya.

UMS mula menggunakan blok klinikal HQE pada 2004 untuk menempatkan pelajar perubatan selain digunakan sebagai dewan peperiksaan.

Turut hadir pada majlis tersebut, Timbalan Pengarah (Klinikal I) HQE, Dr. Yogendra A/L Panchalingam; Timbalan Dekan Akademik FPSK, Profesor Madya Dr. Fairrul Kadir dan Ketua Jabatan Asas Komuniti FPSK, Datuk Dr. Mohd. Yusof Hj Ibrahim.

   
Email Print
   
 
 
E-browse