Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 Leisure

Snek pisang Hafiszuddin semakin berkembang di Sabah

19th July, 2019

TUARAN: Snek pisang jenama Hafiszuddin tidak asing kepada penggemar makanan ringan keluaran tempatan yang sudah sembilan tahun berada di pasaran di negeri ini.

Mula beroperasi secara kecil-kecilan di rumah di Taman Sepanggar, Menggatal hampir enam tahun, kini snek pisang pelbagai perisa itu berpindah lokasi pengeluaran di bangunan kedai, Lot 5, Jalan Mengkabong, di sini sejak tiga tahun lepas.

Syarikat Usaha Maju DH Enterprise milik Haryantto Satuan, 35, dan isterinya Hasrah Malik, 34, berasal dari Tawau itu wujud hasil bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut memberikan peralatan pemprosesan makanan ringan itu.

Antara kemudahan lain disediakan FAMA untuk syarikat itu adalah latihan berterusan, bahan mentah, mesin pembungkusan dan papan tanda perniagaan.

Haryantto selaku pengurus jualan dan pemasaran syarikat mengakui perniagaan snek pisang mempunyai cabaran tersendiri, memandangkan ramai usahawan di negeri ini menceburi bidang sama.

“Apa yang menyebabkan snek pisang jenama Hafiszuddin kekal mendapat perhatian di pasaran kerana perisa pelbagai iaitu manis, masin, kari, jagung, ayam, lada hitam, bbq, tomato, bawang putih dan telur masin, memberi pilihan kepada pengguna.

“Setakat ini, snek pisang ini boleh didapati di lebih 10 pasar raya di Sabah serta pusat pelancongan, dengan pendapatan kasar syarikat hasil jualan makanan ringan itu mencapai RM15,000 sebulan,” katanya kepada Bernama di sini.

Haryantto berkata syarikatnya menghasilkan lebih 200 kilogram snek pisang sehari, dilakukan lima tenaga kerja dalam kalangan penduduk tempatan.

Sehubungan itu, beliau berhasrat mengembangkan lagi perusahaan itu, memandangkan sambutan serta permintaan terhadap makanan ringan berkenaan meningkat dari semasa ke semasa.

Katanya walaupun perusahaan itu turut menghadapi masalah putus bekalan pisang untuk dijadikan snek, namun masalah itu dianggap kecil dan masih berupaya ditangani dengan mendapat sokongan FAMA.

Haryantto berkata, snek pisang Hafiszuddin dalam proses mendapatkan pengiktirafan e-halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).- Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse