Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Contraband beers worth RM105,544 seized, restaurant operator and two workers detained |  Sabah Food Festival 2019 at KDCA complex Dec 13-16 |  Tambunan hammer Tawau in opener |  Winning start for Keningau girls |  Mongindapu tiinumon kaavuk nataan miampai duvo pakakalaja |  Lahan Kundasang- Kauluan tinutub |  Principal skips holiday for poor students |  Polytechnic Kota Kinabalu enrols 497 new students |  Malaysia's economy expected to grow at slower pace – UOB Malaysia |  Blue Capital Management invests RM100 mln for Sabah’s biomass energy plant |  GRI launches new tax reporting standard |  Shafie: Sabahans need to co-exist with elephants |  Elephants to get food corridor |  12 finalis Battle of The Voice M7 berentap malam esok |  10,000 penduduk Daerah Kecil Pagalungan sambut baik pembinaan jalan raya Salong - Pagalungan | 
 BM

APMM serius tangani pencerobohan bot nelayan asing masuk perairan Sabah

19th July, 2019

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah serius dalam usaha menangani pencerobohan bot-bot nelayan asing yang memasuki kawasan perairan negeri ini.

Timbalan Pengarah Operasi Negerinya, Kapten Maritim Asmawati Mohd Tujeri berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Julai, sebanyak enam kes yang ditangkap di Kudat membabitkan penahanan 40 orang nelayan asing.

“APMM juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Perikanan Sabah dalam hal ini dan baru-baru ini di Kudat, diadakan proses penenggelaman bot nelayan asing yang telah dilucut hak.

“Selain itu, pihak APMM akan terus merancang program-program sedemikian bagi menunjukkan betapa seriusnya usaha kami untuk membanteras aktiviti pencerobohan bot warga asing,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian sempena Kejohanan Menembak dan Hari Apresiasi Media Maritim Negeri Sabah dan Labuan di Lapang Sasar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sepanggar.

Dalam program yang sama seramai 15 pengamal media turut diberi peluang untuk menyertai acara menembak bagi menghargai sumbangan pihak media.

   
Email Print
   
 
 
E-browse