Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Contraband beers worth RM105,544 seized, restaurant operator and two workers detained |  Sabah Food Festival 2019 at KDCA complex Dec 13-16 |  Tambunan hammer Tawau in opener |  Winning start for Keningau girls |  Mongindapu tiinumon kaavuk nataan miampai duvo pakakalaja |  Lahan Kundasang- Kauluan tinutub |  Principal skips holiday for poor students |  Polytechnic Kota Kinabalu enrols 497 new students |  Malaysia's economy expected to grow at slower pace – UOB Malaysia |  Blue Capital Management invests RM100 mln for Sabah’s biomass energy plant |  GRI launches new tax reporting standard |  Shafie: Sabahans need to co-exist with elephants |  Elephants to get food corridor |  12 finalis Battle of The Voice M7 berentap malam esok |  10,000 penduduk Daerah Kecil Pagalungan sambut baik pembinaan jalan raya Salong - Pagalungan | 
 BM

Wanita miliki produk tidak berdaftar KKM didenda RM5,000

19th July, 2019

KOTA KINABALU: Seorang wanita tempatan didenda RM5,000 gagal bayar sebulan penjara terhadap kesalahan memiliki keluaran (produk) tidak berdaftar di mahkamah Sesyen, di sini.

Hakim Elsie Primus mendenda Erah Edul, 34, kerana memiliki sembilan produk yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 24 Julai 2018, jam lebih kurang 11.25 pagi di sebuah premis miliknya (tertuduh) di Sulaman Central, Off Jalan Sepanggar, Kuala Menggatal, 88450 Kota Kinabalu.

Erah dengan ini telah melanggar Peratuan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Bagi kesalahan pertama, denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Untuk kesalahan kedua dan berikutnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, tertuduh telah memiliki sembilan jenis keluaran yang tidak berdaftar iaitu Clobetamil G, Kapsul Nenas Batu, Bella Formula Sinus Care, Sedap Malam (Xtra Rapat), Bidadari, Titan Gel Candy B+ Complex, Freshcare Lavender dan juga Freshcare Sports.

Ketika mahkamah memberi peluang untuk tertuduh membuat rayuan, tertuduh memohon untuk mengurangkan denda semaksimum mungkin disebabkan masalah kewangan yang dihadapi, tertuduh juga mengatakan bahawa mempunyai tanggungan ibu bapa dan adik yang masih sekolah serta dalam proses melunaskan hutang-hutang.

Manakala, mahkamah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwaraya Ahmad Najib.-OLEH HASSAN ISHAK

   
Email Print
   
 
 
E-browse