Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Man gets 25 years’ jail, 15 lashes for raping daughter, 12 |  Safa using SAGA to hunt for hidden talents |  Crucial tie for Tambadau |  PHKS targets RM400,000 at annual fundraising Charity Bazaar |  Gear up for Malaysia Autoshow 2019 in Sabah |  KUD Zon Sabah kosiwatan kumaa mongungusaha labus kakadayan |  Kusai nopujulan kiniopon kikotumbazaan duminuso sondii |  Sada ginakom momoguno bom nagamu id Pasar Safma |  3,000 jobs up for grabs at 2nd Sabah Career Roadshow |  Wuyi University students,lecturers arrive in Sabah to attend UMS training course |  Gravity water system for Kg Bokilong residents |  Matrade eyes higher halal exports to Japan |  Oldtown White Coffee set to expand into petrol retail |  Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri ditubuh penuhi janji kepada rakyat |  28 kapal layar antarabangsa berlabuh di Lahad Datu | 
 BM

Suami isteri dihadap ke mahkamah tuduhan tipu lelaki

19th July, 2019

KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan menipu seorang lelaki untuk menyerahkan wang sebanyak RM2,600 bagi kerja penyelenggaraan rumah.

Datu Mohd Iskandar Syah Datu Alidin, 40, dan Saidah Mohd Hassan, 45, mengaku tidak bersalah kepada pertuduhan itu di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie, kelmarin.

Mereka dilaporkan melakukan penipuan tersebut dengan mendorong lelaki itu menyerahkan wang RM2,600 bagi urusan pemasangan gril, tingkap sliding dan pendawaian di Kondominium Puncak Gloxinia di ibu kota, kira-kira 2 petang 14 Januari lepas.

Kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Al-Hafidz Mohd Lokman, dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu agar ikat jamin minimum ditetapkan berserta penjamin tempatan yang sama dibenarkan buat pasangan ini. Mereka mempunya tiga orang anak dan menetap di Papar.

Dengan itu, Mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin RM2,000 buat setiap seorang berserta dua penjamin tempatan yang sama.Tarikh 6 Ogos ditetapkan bagi pengurusan kes.

Di Mahkamah yang sama, seorang pemuda tempatan mengaku tidak bersalah ke atas tuduhan mengalihkan wang sebanyak RM4,000 milik seorang lelaki ke akaun bank yang lain.

Mohd Nor Azlee Kifflee, 25, menafikan pertuduhan itu sebaik sahaja dibacakan dihadapan Majistret Stephanie. Tertuduh dilaporkan telah memindahkan wang tersebut, milik seorang lelaki, ke dalam akaun bank milik seorang wanita di sebuah mesin ATM di Manggatal pada 22 hingga 24 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya itu dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukum penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Suzie @ Stephanie Kupit, meminta agar ikat jamin tertuduh ditetapkan pada RM5,000.

Tertuduh yang juga diwakili oleh Al-Hafidz, memohon agar ikat jamin minimum ditetapkan kerana dia sudah berkahwin dan keluarganya bersetuju untuk membayar ikat jaminnya.

Oleh itu, Mahkamah menetapkan jumlah ikat jamin pada RM1,800 berserta dua penjamin tempatan. Pengurusan kes akan dilakukan pada 28 Ogos depan. -OLEH ELEANOR MICHELLE

   
Email Print
   
 
 
E-browse