Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Man gets 25 years’ jail, 15 lashes for raping daughter, 12 |  Safa using SAGA to hunt for hidden talents |  Crucial tie for Tambadau |  PHKS targets RM400,000 at annual fundraising Charity Bazaar |  Gear up for Malaysia Autoshow 2019 in Sabah |  KUD Zon Sabah kosiwatan kumaa mongungusaha labus kakadayan |  Kusai nopujulan kiniopon kikotumbazaan duminuso sondii |  Sada ginakom momoguno bom nagamu id Pasar Safma |  3,000 jobs up for grabs at 2nd Sabah Career Roadshow |  Wuyi University students,lecturers arrive in Sabah to attend UMS training course |  Gravity water system for Kg Bokilong residents |  Matrade eyes higher halal exports to Japan |  Oldtown White Coffee set to expand into petrol retail |  Kementerian Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri ditubuh penuhi janji kepada rakyat |  28 kapal layar antarabangsa berlabuh di Lahad Datu | 
 BM

Tiga lelaki mengaku tidak bersalah tuduhan merogol

19th July, 2019

KOTA KINABALU: Tiga lelaki tempatan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol seorang wanita 18 tahun. Zulhimi Amdin, 26, Nasratul Aiman Nasruddin, 23, dan Mohd Badrul Himran, 23, menafikan tuduhan tersebut dihadapan hakim mahkamah sesyen Elsie Primus kelmarin.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 12 Januari 2019, jam lebih kurang 7 malam di Kampung Jawi-Jawi, Kota Belud.

Kesalahan itu dibawah seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya, Rustam Sanip tidak membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin kerana kesalahan tersebut adalah serius.

Walau bagaimanapun, peguambela Azhier Farhan Arisin yang mewakili kesemua tertuduh memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk ikat jamin atas alasan dua daripada tertuduh iaitu Badrul dan Nasratul masih di bawah tanggungan ibubapa, manakala Zulhilmi pula perlu menanggung isteri dan tiga orang anaknya yang masih kecil.

Mahkamah menetapkan 22 Ogos 2019 untuk pengurusan kes. Sementara itu mahkamah juga membenarkan jaminan RM15,000 dengan dua penjamin tempatan bagi setiap tertuduh serta lapor diri di balai polis Kota Belud sebulan sekali.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol remaja perempuan. Aron didakwa melakukan kesalahan itu terhadap remaja wanita yang berusia 14 tahun empat bulan di sebuah rumah di Taman Suria, Penampang sekitar bulan Disember tahun lalu.

Kesalahan itu di bawah seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Sebutan semula kes adalah pada 22 Ogos 2019 manakala pendakwaan di lakukan oleh Pegawai Pendakwaraya Mas Izzaty Lokman.

Terdahulu Mas Izatty memaklumkan kepada mahkamah bahawa Aron tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Elsie kemudiannya mengarahkan tertuduh di tahan di bawah Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes selesai.-OLEH HASSAN ISHAK

   
Email Print
   
 
 
E-browse